Tuesday, 10 April 2012

Picnic @ Yanbu Lake

Last weekend papa decide untuk tak ke mana-mana, stay kat Yanbu sahaja..Duduk rumah saje pun boring kan so papa bawak g picnic kat Yanbu Lake..mama dan papa boleh rehat dan kakak boleh main slide & swing..adik boleh tidur lena dibuai angin sepoi-sepoi bahasa..Mama pun sediakan makanan sikit untuk dibawa bekal..boleh kunyah-kunyah sambil rehat-rehat kan..

Sambil rehat-rehat mama jeling-jeling juga la keluarga lain yang turut berpicnic..Mama tengok masyarakat sini pergi picnic bawak perkakas macam nak berkampung kat situ..meriah sungguh..bukan siang je tapi sampai ke malam..papa kata kalau siang panas..so taman mainan kanak-kanak tempat riadahnya meriah waktu malam..sejuk dan selesa..diorang tak perlu risau hujan..memang jarang - jarang hujan dan tak humid..takde la istilah berembun tu kat sini..

Jom tengok gambar..kalau nampak hijau tu sebenarnya untuk kawasan sekitar tasik ni sahaja..selain tu pasirla..

Besnyer adik tdo..nyaman..dapat baring memang bess ni

Cari tempat, bentang tikar..hallass..
  
Nak buai dengan papa..



Pakai skirt pun boleh panjat..


Wee....bess

Semua nak dengan papa..manja betul kakak..


 
Mama rehat dengan adik..

Adik layan perasaan..



Kakak tengok fish beso..
 
Makin excited

Kakak jom balik..waitt...

Actually kakak dengan adik baru baik demam dan batuk..kakak teruk sikit siap kena ambik gas setiap 8jam untuk dua hari..adik kena juga tapi 1 hari sahaja setiap 12jam...tapi adik ambik sekali je..kakak sebab teruk sikit pergi juga la 3kali..bila dah baik papa bawaklah g picnic ni..

Da sebut pasal sakit ni jom mama cerita sikit lah pasal kos perubatan kat sini..boleh tahan mahal juga..nasib company tanggung..cuma disebabkan medical card belum siap papa kena bayar dulu then claim kemudian..kalau tak cover jenuh juga..consultation fee SR150..dua orang SR300..nebuliser 1 sesi SR80..kakak 3 kali..adik 1 kali..total SR320..kakak kena 1 injection SR40..ubat belum lagi..beli kat farmasi SR100+...

Sebelum ni buat medical check up lagi kat Yanbu pulak untuk dapat resident card dah kena SR300+..so total lebih kurang SR1000 sebulan untuk medical sahaja..anak-anak mama nak migrate kena sediakan apa yang patut yer..kat negara sendiri bayar RM1 pun minta free lagi..pergi negara orang ada ke pilihan..nak tak nak bayar jela..


1st session..tu tangan papa..nurse tak tolong pegang macam kat negara kita ye..

Adik pun kena..mama tak beso..jubah je beso..hehe

2nd session g dengan papa je..3rd takde gambar la

Apa-apa pun syukur kakak dan adik dah sihat...gigihnya mama berblog hari ni..Dah la bawak kakak g main pulak..bye..