Sunday, 5 February 2012

Sepetang bersama Alya & Aqil

Maksu Wati dan Paksu Sham datang rumah dengan kakak Alya dan Aqil selepas makan kenduri di Presint9..Mula -mula main kat rumah je, dah petang sebelum balik pergi jalan ke Alamanda pulak..Sebelum ni kakak jumpa kakak Alya & Aqil kat kampung je..tak pernah lah keluar jalan sama - sama..Bila dapat peluang tak terkawal jadinya..berpeluh nak mengejar si kembar bertiga ni..


Syasya, Alya & Aqil


Seronok betul main bila ada kawan, semua pun tak tidur petang..bila sorang makan semua nak makan..sorang minum susu semua pun nak susu..hihi Kakak dengan Aqil sebaya..lahir pun dalam bulan yang sama..Kakak Alya tua setahun tapi nampak sebaya juga..tinggi hampir sama..berat pun lebih kurang je..bezanya Alya dan Aqil dah tak pakai pampers, kakak masih pakai lagi..takpe nanti mama ajar kakak ek..

Kakak ni memang cepat mesra, semua budak - budak pun macam tu kot..otw dari rumah ke Alamanda kakak naik kereta dengan Alya & Aqil..masa nak balik pun kakak dah naik kereta dengan Alya & Aqil..Maksu Wati dah nak bawak balik Klang dah..haha mama tak nak tulis panjang -panjang lah..tengok gambar jela ek..

Tengok orang main motor


Syasya & Kak Alya
 
Sukanya Aqil & Kakak

Melepak yer

Dah penat, kita makan dulu


Wednesday, 1 February 2012

Happy Birthday Papa!!

Anak - anak mama..jom nyanyi sama - sama..

" Happy Birthday to you..
  Happy Birthday to you..
  Happy Birthday to papa ensem..
  Happy Birthday to youuuuuuuu........................ "

Birthday papa ni sama tarikhnya dengan Hari Wilayah..mama selalunya takde masalah sebab dulu kerja di Labuan dan sebelum ni kerja di Putrajaya..kedua - duanya Wilayah Persekutuan so mama memang cuti masa birthday papa..tapi kebiasaannya tak dapat pun nak celebrate birthday on time..macam sekarang ni la hanya wish dari kejauhan.. Mama dan papa selalunya pergi makan sama - sama takde la nak buat birthday party pun..beli kek makan ramai - ramai kat rumah dengan ahli keluarga terdekat..

Hadiah birthday?selalunya ada..cuma pemberiannya boleh diawalkan & boleh postpone, janji dalam tahun yang sama..sekali - sekala dapat bagi hadiah pada hari birthday..hadiah sama ada atas permintaan @ surprise..bergantung juga pada bajet pemberi..selalunya bajet papa untuk mama lebih sket..papa sayang mama lebih kot..hehe

Ucapan untuk papa..semoga panjang umur, sihat, murah rezeki dan makin sukses untuk duniawi dan ukhrawi..jujurnya mama bangga dengan pencapaian papa..dan yang paling bess papa sentiasa lebih tua dari mama..:)