Weekend baru-baru ni banyak aktiviti kita, tapi kat Yanbu sahaja la..niat nak ke Mekah tapi disebabkan oleh perkara yang tak boleh nak dielakkan terpaksa tangguh dulu..Khamis pagi lepas breakfast serta kakak dan adik bangun kita terus ke Balad..ada Mall baru bukak so nak survey barang sikit sebelum membeli apa-apa yang patut..bila sampai belum banyak outlet yang bukak cuma ada baju, barang baby dan toys sahaja..so takde la kita beli apa-apa..
Seberang jalan tu pulak ada kedai buku baru bukak..kedai buku ni famous kata papa...sebelum ni papa pergi branch Madinah sahaja..Mama tak jumpa apa-apa yang berkenan untuk mama tapi mama cari beberapa buku untuk kakak menulis..kakak dah kenal alphabets, numbers, shapes dan colours tapi kakak belum pandai tulis..kalau nak masuk International School yang bagus tu ada ujian..salah satunya kena kenal A-Z dan kena boleh tulis A -Z juga selain dari diapers free..
Dari kedai buku kita terus ke Pasar..papa memang beli untuk stok sebulan..nasib fridge yang disediakan ni besar..antara ikan yang dibeli termasuklah ikan macam kedai nasi ikan tu..wah boleh makan nasi ikan dengan banyaknya dan murah sebab buat sendiri..Tengah hari tu tak larat dah nak masak..perut dah lapar so papa tapaw AlBaik je..petang nak keluar lagi..
Lepas Asar kita ke Panda Mall..lebih spesifik ke SACO..tempat favourite papa sebab banyak tool menarik..tempat favourite mama juga sebab banyak peralatan dapur yang menarik..hihi so seperti yang dah dirancang dan dibajetkan..mama dan papa beli keperluan masing-masing..kehendak kena KIV dulu..rambang mata SACO ni..banyak barang yang tak jumpa kat tempat kita so jakun sikit kata orang kampung mama..hehe
Dari SACO kita ke Dolphin Beach Resort..konsulat turun padang..nak terangkan prosedur pendaftaran, peperiksaan, dan lain-lain la..selaintu diterangkan juga tentang REP-Returning Experts Programme..tak relevan sangat untuk kita yang baru sampai..kalau bekerja di luar negara untuk tempoh tertentu (bergantung kepada tahap pendidikan) akan dapat benefit kalau nak balik kerja kat Malaysia..tax rate yang lebih rendah...dapat beli kereta CKD taxfree dan ada few lagi..kita sampai lambat so tak dapat dengar details..cuma kena register dan qualified baru dapat..bukan senang-senang je dapat la..so kena la tinggal lebih lama kat sini untuk qualified..hehe
Hari yang panjang untuk kita..tengah malam baru sampai rumah..penatnyer..Jumaat pagi ada aktiviti lagi..tak larat dah nak pergi..ada juga yang bermalam kat situ..apartment dia dua bilik satu malam SR900..kalau anak tak ramai boleh share 2 family..tapi selagi dalam Yanbu rasa tak berbaloi nak menginap..sayang duit..mahal tu..
Jumaat kita dirumah je..mama kata Homemade nasi ikan..papa kata DIY..do it yourself..mana-mana la..lepas papa balik solat kita menjamu selera hasil tangan mama yang tak setanding dengan kedai nasi ikan tu..tapi kenyang dan puashati serta yang penting lebih murah dan jimat..:)
Next weekend apa aktiviti yer..perancangan dah ada..nanti mama share kat sini k..bye

No comments:
Post a Comment