Sunday, 16 September 2012

Allah Maha Besar

Mama nak cerita pasal kebesaran Allah ni..mama banyak masa so mama dok belek2 telinga adik nampak tulisan Allah dalam jawi..mama ingat adik je..tapi bila tanya papa papa cakap semua orang tapi mungkin ada yang jelas dan kurang jelas..so kalau masih ada keraguan tentang Islam adalah agama Allah bolehlah padamkan sekarang perasaan itu..Sesungguhnya tiada tuhan selain Allah..Muhammad Rasulullah...

ALLAH

Ramadhan dan Syawal di KSA


Salam Syawal..

Hari ni hari terakhir syawal dan malam ni masih ada jemputan open house..beraya diperantauan banyak jemputan macam kat Malaysia juga..tahun ni nenek dengan atok buat umrah Ramadhan so kita dapat beraya dengan atok dan nenek macam biasa la..seronok walaupun takde rendang..papa bawak kita berjalan hingga ke Abha..doa la mama rajin nak update pasal Abha nanti..:) Bila dah balik Yanbu bersambung-sambung open house..Alhamdulillah rezeki juga tu..

Mama paling bersyukur sebab tahun ni diberi peluang olehNya menyambut Ramadhan di KSA..lain betul rasanya..yang pertamanya sebab mama tak bekerja, penatnya lain lah daripada kerja di pejabat..Selain itu, mama juga mempunyai masa untuk sediakan juadah berbuka dan sahur untuk keluarga kita..seronok dapat masak apa yg papa request..tapi bila mama tak larat papa dengan baik hatinya beli juadah untuk berbuka..tahun ni selalu sangat miss sahur..penat sangat agaknya..Walaupun menyusu adik sepenuhnya, alhamdulillah mama masih mampu berpuasa..kalau tak sahur pun mama berpuasa,kadang2 lembik juga la..Apa yang paling mama seronok dapat buat umrah Ramadhan..lain suasana dengan waktu biasa..ramai dan meriah sangat..semoga masih diberi peluang untuk tahun-tahun akan datang..InsyaAllah





Badr, KSA

Selak-selak rupanya entri ni terperam ja kat draft..kita p badr ni sebelum Ramadhan lagi..hehe Jom layan jela yer..

Seronoknya bila hujung minggu papa free..papa tak perlu ot dan tak kena standby, rasa bebas nak ke mana-mana tanpa kemungkinan diganggu..so pagi Khamis lepas seawal 9 pagi kita dah ke Panda Mall beli barang dapur, stok dah menyusut kena top up sebelum kehabisan..berpeluh juga nak selesai membeli dengan keaktifan kakak..adik sikit-sikit jela tunggu nanti adik dah dapat kaki jenuhlah mama dan papa nak kejar dua-dua..

Dah siap beli barang dapur, masuk pulak ke centrepoint..nak lunaskan janji papa kat kakak..kakak tuntut pink bear sebab dah berjaya berak kat duck (toilet)..bila nampak banyak toys kakak lupa kat pink bear dah start minta toys lain..jenuh papa pujuk ambik pink bear juga sebab nanti dah balik takde pink bear risau kakak tuntut lagi..pujuk punya pujuk berjaya juga beli pink bear kakak dan kita antara yang akhir keluar dari centrepoint sebelum tutup untuk zohor..selain tu beli juga botol susu baru untuk kakak sebab dah lama tak berganti..sambil tu terselit juga botol air untuk adik..hehe

Hajatnya nak tapaw je untuk lunch..tak de harapan lah sebab semua kedai dah tutup..kita terus balik rumah..adik dan kakak tidur kepenatan..mama terus masuk dapur dan papa tolong kemas stok..dapatlah mama dan papa lunch berdua-duaan..homemade blackpepper chicken chop dengan mashed potato..hmm yummy..sedapp..tinggal balance untuk kakak je..hihi lain kali boleh buat lagi..

Bila dah petang..kejut kakak bangun then kita siap-siap ke Badr..nak main pasir..hari tu masa farewell kawan papa, orang lain sibuk makan..kakak sibuk main pasir..kat Badr main lah puas-puas..segunung pasir nyer kakak..hehe

Sebelum ke gunung pasir kita round pekan Badr tengok makam shuhada' Badr..nampak list nama yang shahid je la..makam dah di buat wall tinggi..so ambil gambar kakak dan adik then kita pergi cari pasir terus..penat jalan atas pasir..hihi

Senarai Shuhada' Badr

Kakak @ Badr
Kakak with her pink teddy
Kakak pegang adik kuat2 takut adik jatuh

Papa bagi pelepasan penuh kat kakak..happy kakak..cuma bila time nak balik pula masalah..tak nak balik..huhu pujuk juga ajak balik sebab dah nak maghrib..memang kena pergi lagi..bila adik pun pandai main mesti lagi enjoy..

Rindu pula..

Assalam..

Tiba-tiba mama rasa rindu pula dengan blog mama ni yang dah berbulan tak dijengah..Kadang-kadang mama rasa tak sempat..kadang-kadang tak cukup rajin untuk update blog ni sebab laptop mama tu slow ala-ala merangkak..mana mama boleh nak mengadap blog lama-lama..nak guna tab macam tak syok la kalau nak taip banyak-banyak..sama juga kesnya jadi lambat..mama mungkin ok je nak mengadap tapi kang..adik meraung..kakak mengamuk..papa pun boleh hangin kot kalau semua kerja rumah tak setel..huhu

Oh ya..11 September lepas birthday mama..birthday tahun ni mama berjaya mengatasi fear factor phase 1..mama masak untuk group usrah papa..lepas la untuk 20 orang..permulaan yang baik..selain tu jimat juga duit untuk kek birthday..mama buat sendiri cheesychoc ala-ala SR tu..hehe sedap ikut je resepi dalam mana-mana blog tapi kena tengok dua tiga blog untuk dapatkan tips dan teknik yang betul..yang penting kena rajin je..pesanan untuk anak-anak dan mama juga..

ok lah..nanti mama cuba rajin-rajinkan diri lagi..tak pun mama undur diri je..hehe peminat setia mama semua ada FB dah..mgkn boleh proceed di sana je..:)

Friday, 15 June 2012

Makan makan sebelum ke KSA

Ya ampun anak-anak..ini bukan lagi entry basi tapi entry berkulat dah sebab lama betul bertapok kat draft..mama plan nak buat satu entry panjang..tapi mama rasa mama patut asingkan la bagi mengelakkan ketapokan yang lebih lama..biarpun lama selagi tarikh kejadiannya tahun 2012 dan mama nak masukkan dalam ni..mama akan masukkan juga..kakak dan adik jangan ikut bahasa mama kat blog ni tau..nanti cikgu BM marah..

Kali ni kita cerita pasal makan-makan ek..nenek beruntung bagitau mama nanti bila papa balik dan sebelum fly ke KSA kita buat makan-makan anak beranak ek dengan nek njang dan nek su..so bila sampai hari yang dimaksudkan nenek, nek njang, nek su dan acik sorang tu sibuk-sibuk la kat dapur..mama sekali sekala je menyibuk dengan alasan adik kecik lagi..haha ye la nak masak untuk tiga empat family je makan kan..dah ramai tolong..mama tolong kemas kat depan dengan tempat nak hidang lauk jela dengan maksu dan paklang..

Bila dah siap hidang mama tanya atok beruntung makan pukul berapa..atok cakap sampai petang la..adoi rasa pening lalat sikit bila tau nenek panggil ramai untuk 'makan-makan'..rupanya nenek buat kenduri untuk kita ke KSA..mama agak segan sebab mama ikut papa je bukannya mama yang pergi kerja di KSA..mama anggap nenek raikan papa lah sebagai menantu untuk ke KSA..sebelum papa berangkat dulu nenek Keramat dah buat juga kenduri kesyukuran..untung papa dua kali diraikan..untung mama juga sebab dapat makan..hehe

Mama tabik spring nenek beruntung ni sebab nampak rileks je masak untuk ramai orang..macam tak ada apa-apa je..ye la dia dah biasa masak untuk bazaar 30 - 40 lauk dan kenduri kahwin untuk 1000 lebih orang so setakat 100 -200 orang makan ni memang kacang putih jela..mama nak masak untuk 20 orang pun menggigil..mungkin lepas tinggal di KSA ni mama makin cool kot..mode perasan sikit sebab kat sini hari-hari masak walaupun simple menu..

Kita tengok gambar jela..imbas kenangan makan-makan di Malaysia..syurganya rasa..sekarang ni pulak kat FB ramai yang post gambar Musang King la..Kucing tidur la..adoii kalau pregnant konfem adik Darwisy lagi ngences dari Darwisy..huhu

Sebahagian tetamu dan jiran yang hadir..papa dan kakak di tepi grill layan tetamu walaupun panas..nenek pun tak sempat nak duduk..hihi

Tetamu cilik aka pak dan mak menakan kakak dan adik..adik pun layan tetamu kecik..atok sengih walaupun penat

Nek su, tok su, pak long, nek njang  dan maksu qalesya serta juadah..kakak sempat lagi merempit dengan paksu asri..hehe

Mama nak ucap terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk majlis ni..terutama kepada nenek, atok, nek njang, nek su dan jiran-jiran..hargai sangat-sangat..tu yang post juga walaupun lambat..sedap lauk-pauk nyer..siap ada yang sponsor udang dengan ikan keli lagi..ayam dan daging memang dah ada..kecur pulak bila ingat-ingat balik..slurrppp..hihi

Thursday, 14 June 2012

First Trip in KSA, Taif

Assalamualaikum..
Mama bagi salam sebab lama tak menjengah blog ni..almaklumlah busy dengan rutin semasa..hehe Sebenarnya mama agak tak de mood nak berblog..penyakit homesick sudah menyerang..hihi bukan rindu apa sangat pun rindu segala jenis makanan Malaysia yang sangat pelbagai itu..tekak melayu faham aje lah mana nak sama dengan tekak arab kan..tapi takpe mama tengok-tengok resepi kat internet mama buat je sendiri..bila bereksperimen dengan resepi baru mama taklah berblog..tak sempat..kita stop cerita pasal makan dan makanan ni kita cerita pasal aktiviti kita kat KSA ni..

Destinasi mana yang kita tuju untuk 1st trip kita ni?Kita ke Taif..macam dakwah pertama rasulullah..Alhamdulillah dengan izinNya kita berjaya pergi dan balik dengan selamat.. syukur..Untuk trip kali ni kita transit di Jeddah sebab nak hantar kawan papa ke airport..kawan papa melancong ke Turki, harap-harap kita pun berkesempatan ke sana nanti sementara kita di sini..
Kita bertolak dari Yanbu ke Jeddah petang Rabu..perjalanan lancar, cuma di Jeddah trafik sesak sebab jalan utama dalam proses penambahbaikan..Walaupun sampai agak awal di Jeddah tapi kita ambil masa yang lama untuk tiba di hotel dan juga tempat makan..lama dalam jem jela..bukannya tak de tempat makan berdekatan hotel tapi demi menyegarkan tekak, kita nak juga menapak ke Asia Restaurant..baru lega sikit tekak bila dah pekena tomyam kan...harga tu kena tutup mata sikitlah..bukan hari-hari dan bukan juga setiap bulan..bayar sahaja lah apa yang diorder..so nak order  kena ikut selera poket jangan ikut selera tekak sangat..:-D

Keesokannya, awal pagi papa hantar kawan papa ke airport..then kita sambung rehat di hotel sebelum bertolak ke Taif..Jeddah kita belum explore, next time la kita ajak papa round Jeddah yer..permandangan sepanjang perjalanan ke Taif sangat cantik..kita lalu kawasan tanah tinggi macam nak ke genting tu..banyak view tak dapat nak snap..papa kena fokus driving..mama kena fokus adik dan kakak..so enjoy apa yang ada jela  yer..
  
Stop untuk sejukkan enjin dan rest sekejap sebelum terus ke Taif
<><><> <><><><>
View dari tempat stop juga..kiranya kita stop di puncak la nampak lembah

Sambil - sambil tengok view sekeliling dapatlah driver terhormat kita iaitu papa rest dan luruskan kaki sekejap..mama tak dapat nak tolong drive..sepanjang perjalanan papa jeles dengan kita yang macam duduk dalam rumah bergerak..hihi..kerusi tengah dilipat..letak tilam nipis kasi empuk sikit..tinggal kerusi belakang je as divider untuk letak beg baju..kat tengah bakul makanan dan diaper bag..
 

Nyenyak kakak tidur kat belakang tu..
Papa join kita di seat belakang

Dah rest..enjin kereta dah sejuk sikit kita teruskan perjalanan..sebelum ke hotel kita pusing bandar Taif untuk dapat gambaran awal dan tapaw lunch..berpusing-pusing sikit nak cari hotel tapi kita jumpa juga lepas papa call hotel..Alhamdulillah sampai kita ke Taif..Hotel sangat selesa..Apartment hotel macam yang kita duduk di Jeddah..tapi masa di Jeddah da penat sangat gambar hotel pun tak ambik..yang bezanya di Jeddah 1 bilik tapi di Taif ada dua bilik..dapur pun ok dua-dua hotel. Hotel di Jeddah kita dapat SR195 satu malam dan di Taif SR150..mama rasa ni rate off peak..time cuti sekolah arab harga jadi double..

Aircond tu macam mata kan..hihi

Bilik utama
Bilik ke dua
Ruang TV

Lepas lunch dan solat kita proceed untuk explore Taif. Kepenatan tapi masa sangat terhad so kena teruskan juga kalau tak rugi lah kan..eksplorasi kita sukar sikit sebab GPS tak dapat nak bantu..banyak jalan tutup dan pembaikan jalan disana sini..terpaksa redah jela..signage pun kurang bagi tempat yang kita nak tuju..namun tetap bersyukur ditemukan juga sebahagian tempat tersebut..

Tempat yang paling papa nak pergi sangat Masjid Addas..tempat nabi berlindung selepas dibaling batu..mama ada baca kat blog satu ustaz ni dia kata tempat ni dipagar untuk elak perbuatan yang tak sepatutnya..tepi masjid ni bukit batu..depan jalan la..oh ye seorang je dapat diislamkan untuk dakwah pertama nabi ni..hamba yang ditugaskan rawat nabi..
Papa depan Masjid
Kakak dalam kawasan yang dipagar..susah nak snap kakak sekarang..

Bukti adik pun sampai Taif


Masa kita kat tempat ni kita jumpa uncle army dari India rasanya..dia pernah ke Malaysia..so papa tanya pasal binaan usang di bawah ni apa kan..papa semak-semak dapat info pasal masjid je..menurut uncle tu yang kat bawah ni rumah perempuan tua yang letak duri di laluan nabi untuk melukakan kaki nabi..lepas dah kena baling..kena duri pulak..besar ujiannya..mama lupa ambik gambar pokok duri tu rasanya..

Kakak depan rumah yang diperkatakan itu
Dalam rumah tersebut

Bagi gambar bawah ni pulak..tengok batu yang kat pagar bawah dan yang atas tu yer..menurut uncle tu..masa nabi tengah berlindung orang taif ketika tu ada cubaan untuk bunuh nabi..ditolak dua batu besar yang di bawah tu..Dengan izin Allah dua batu kecik diperintahkan untuk stop batu tersebut..tapi mereka masih tak puas hati cuba pula tolak batu yang di atas..juga dihalang oleh batu kecik..bila kali kedua tak berjaya baru mereka ada rasa takut..dalam gambar mungkin tak nampak sangatlah..mama pun tak semak semula kesahihan cerita uncle tu tapi buktinya memang ada lah di tempat kejadian..

Mama harap boleh nampaklah batu yang mama maksudkan tu yer..


Lepas ke Masjid Addas kita balik ke hotel..hari pun dah mula gelap..papa decide kita balik rest awal so next day kita boleh bergerak awal ke destinasi seterusnya..Seawal pukul 6 pagi kita dah bergerak ke highest point di Taif..Ash Shafa..ala-ala Cameron lah..dalam perjalanan banyak Theme Park mungkin sebab sejuk sikit kot kawasan sini..cuma di sini tak dijaga dengan baik..persekitaran agak kotor..kota-kota lama banyak tapi memang tak di preserve..terbiar je..


Kota Lama di Ash Shafa

Hajatnya nak bersantai dan nikmati suasana pagi..tapi adik tak selesa..dia nak menyusu..lagipun sejuk dan angin kuat sikit..so kita snap gambar sikit dan turun lah..nak beli breakfast pun kedai belum mula operasi..kedai pun tak banyak..ada lah gerai buah juga satu dua..gerai makan..bolehlah nak try camel ride..kos tak pasti sebab takde niat nak ride..

Lepak di celah batu..nak halang angin kononnya..
MasyaAllah..cantikkan?

Dah bergambar, papa pack dan kita bergerak turun..next kita nak cari ancient dam..tapi kita jumpa dam..kondisi kereta agak membimbangkan so kita stop pencarian..kita proceed ke destinasi seterusnya Masjid Abdullah bin Abbas..Abdullah bin Abbas ni mengikut blog yang mama baca tu sahabat yang diutus untuk sebarkan Islam di Taif..beliau berjaya dan decide untuk stay di Taif dan akhirnya meninggal di Taif..masjid ni kat pekan Taif..

Masjid Abdullah bin Abbas
Suasana dalam Masjid..papa je masuk..

Sebab kakak dan adik tidur..kepenatan sebab bangun awal pagi

Tak jauh dari hotel ada ancient market dan tempat camel race..tak pasti macam mana tempat tu..memang nak pergi tapi mungkin lain kali je la memandangkan jauh lagi perjalanan dan esoknya papa kerja..gambar terakhir di Taif..teko yang bebanyak tu..mama try nak ambik masa datang tak dapat..papa tolong ambik sampai kena hon sebab traffic light da hijau..hihi tq papa

Teko teh arab kot..hihi

Perjalanan dari Taif ke Mekah lancar..kita guna jalan yang disarankan oleh staf hotel..keadaan jalan memang ok tapi keadaan kereta agak membimbangkan..Papa singgah solat jumaat dalam kawasan haram dan berdoa agar perjalanan kita ke Yanbu selamat..Alhamdulillah kita sampai ke Yanbu dalam keadaan selamat..ribut pasir sepanjang jalan..papa drive slow..ada hikmahnya..tayar kereta kita rupanya dah tak selamat..mungkin langgar something masa dalam perjalanan ke Taif..kalau laju memang boleh mengundang bahaya..syukur Alhamdulillah kita sampai ke Yanbu dengan selamat..

Boleh dikatakan tiap-tiap minggu kita akan keluar dari Yanbu kecuali minggu papa kena standby @ on call..macam hospital kan..papa doktor juga..doktor mesin..So minggu papa standby kita stay kat rumah jela...Apa aktiviti kita di rumah..duduk rumah pun boleh beraktiviti?aktiviti kita hari tu gotong royong..mama cuci dapur..papa cuci toilet..tapi ada juga bab menyental mama minta tolong papa..dapur mama putih melepak dan yang papa sental tu berkilat macam baru..rasa besstt bila dapur bersih..papa cakap mesti mama semangat nak masak..oh no..mama sangat sayang nak guna dapur..masak bubur terpercik terus lap..masak sambal terus rasa nak nangis..hihi tapi tak kan tak masak pulak kan..

Ok till next activity..harap mama mampu terus menulis..Aamiin

Tuesday, 22 May 2012

Transform!!

Papa..jangan marah..nak juga buat post ni.. mama tulis sikit je ek..sikit je tak banyak..

Dalam masa tak sampai setahun ni banyak sangat perubahan papa..so mama nak abadikan lah kat sini untuk tatapan kakak dan adik..hehe Jom kita nak tengok transformasi papa yer anak-anak..

Gambar 1 hingga 3

Gambar yang kat atas dan paling kiri tu memang mama biasa tengoklah..itulah selalunya image papa bila nak pergi kerja..potongan rambut pun ala-ala pendek dan kalau tak sikat pun orang tak perasaan..hehe gambar tu diambil untuk permohonan  visa ke saudi

Gambar kedua dan ditengah-tengah tu pulak masa papa baru-baru lagi di saudi..ala-ala imam yang tak berapa nak muda gitu..hihi suci je nampak..mama suka..tapi kalau papa pakai macam ni maknanya mama pun kena la berjubah hitam itu kat tempat kita..macam alim sangat la pulak kan..

Gambar ke tiga tu bila dah lima bulan papa kat Saudi tanpa anak dan isteri..bayangkanlah kalau setahun atau lebih...hihi memang papa homesick habis..nasib lah ada skype kan..kalau tak tak tau lah macam mana gaya papa..haha

Gambar 4 & 5

Gambar ke empat tu image papa sekarang..kalau dulu papa prefer rambut pendek tapi sekarang papa suka rambut panjang..mama ok je selagi tak serabut..tersisir rapi gtu..ahaks janggut jela makin panjang banding dulu..janggut ok..jambang taknak..

Gambar ke lima tu agak-agak papa akan buat tak?rambut belah tepi..papa sendiri tak tahan nak tengok..smart apa kan..nape papa tak suka ek..orang teknikal tak boleh ek berambut macam orang management..hihi tapi mana tau nanti dah masuk 4siries papa tukar image macam ni kan..just wait & see k..

Ok lah..tadi janji pendek je kan..dah habis dah..bye..papa jangan marah..we love you..

An Evening in Compound

Aduhai mata mengantuk sangat dah ni..mana taknya mama makan nasi banyak sangat hari ni..untuk elakkan tidur baik mama update blog sikit kan..adik pun tidur lagi tu..mengamuk sakan tadi..maklumlah dah enam bulan adik hari ni..tunjuk perangai la ek..kakak macam biasa lah dok melayan youtube even mata hampir nak tutup..

Petang-petang aktiviti wajib kita kat sini, pergi ke taman dalam kawasan compound ni juga la..tak jauh..bersebelahan surau..kalau mama pergi swimming papa lah jaga kakak dengan adik..turn papa swim mama pula jaga..kalau dua-dua tak swim papa akan tengokkan kakak mama layan adik sambil borak-borak..kadang-kadang ada juga yang bawak minum petang..sambil borak sambil makan lah..mama jarang-jarang sekali bawak..tengok mood dan kelapangan mama lah..

Lagi satu kalau ada nak buat majlis makan-makan, kat taman ni la tempat diskusi penetapan tarikh dan pembahagian tugas..taman ni juga lah tempat makan nya..hihi auntie-auntie kat sini sangat rajin dan suka gotong-royong..bukan setakat makan-makan je buat sama-sama..g shopping pun sama-sama naik coaster compound..mama tak join lah jalan-jalan..sukar nak kawal hero dan heroin serentak..


Buai laju-laju sampai cucur atap...hehe


Kat taman ni yang syoknya ada buai yang sesuai untuk baby yang belum boleh duduk..tapi kalau tak cukup tinggi tak boleh kot..adik seronok lah dapat main buaian dengan kakak..kakak pun boring main sorang-sorang..kawan-kawan sebaya kakak belum pandai nak berkawan..yang dah besar ada kawan masing-masing..tapi kakak still enjoy sebab papa selalu layan kakak..
  

Kakak suka naik frog Tuk Tuk..
Adik suka naik buai..yang lain belum pandai..

Selain dari main slide, swing, see saw dan Tuk Tuk tu..kakak suka juga main pasir petik bunga kat taman ni..sebelum ni papa tak sempat nak snap gambar..tapi semalam kakak siap posing lagi..geram je mama dengar..dengan mama bukan main marah lagi bila nak ambil gambar..hihi

Comeynya kakak pakai bunga..

Jangan jadi model tau besar nanti..busana muslimah boleh kot?

Sebagaimana skill memasak mama yang naik lagi satu stage..skill mengambil gambar papa pun dah up sikit..hehe papa baru ambil gambar pakai handphone tu..kalau pakai DSLR yang tersimpan kat almari je tu mesti lagi cantik kan..hihi skill mama? oh ye kita dah dua bulan lebih sikit kat sini dan mama rasa mama semakin berani mencuba resepi-resepi baru..hari ni mama mengatasi fobia mama untuk mengukus..berjaya juga selesaikan puding karamel untuk majlis makan-makan nasi kerabu malam ni..k lah lepas ni nak g tolong auntie su potong daging bakar..sambil tu jom tengok gambar baru papa..cantik tak?


An Evening in Compund

Saturday, 19 May 2012

Happy 3rd Birthday kakak..

Cepatnya masa berlalu, dah tiga tahun mama memegang status ibu..18 Mei 2009 kakak dilahirkan mengakhiri teka teki dan pertanyaan taulan dan saudara terhadap mama tentang anak..Alhamdulillah rezeki dari Allah mama berjaya juga melahirkan seorang bayi..mungkin pada pandangan sesetengah orang mempunyai zuriat membuktikan kejantanan papa dan menyempurnakan keperempuanan mama..pada mama sendiri mama perlukan pewaris keturunan..Walaupun mama mempunyai kakak, abang dan adik tetapi mama juga adalah anak tunggal kepada mak dan ayah mama..

Detik kelahiran kakak sememangnya ditunggu-tunggu kerana ini pengalaman pertama untuk mama dan papa..papa bekerja di Labuan pada ketika itu..tercari-cari tarikh yang sesuai untuk pulang bersama-sama berkongsi rasa keterujaan menyambut kelahiran anak sulung..namun Allah telah menentukan bahawa mama mengharungi detik itu sendiri..Pukul 4 pagi mama terbangun setelah berborak panjang dengan papa pada malam tu..mama terasa basah..mungkin terkencing kot..terus ke tandas dan kemudian sambung tidur semula..Pukul 6 pagi mama bangun untuk solat Subuh masih basah..mama call papa, papa pun tak pasti mungkinkah itu tandanya..Masih awal seminggu sebelum due..Mama call nenek yang dah ke surau bersama atok..tak sempat mama selesai solat atok dan nenek dah balik..bila diajak ke hospital terasa blank sebab tak sakit dan semalamnya mama masih lagi sempat window shopping sorang-sorang di JJ..huhu

Sampai dihospital dah ada bukaan..nurse masukkan ubat untuk kuatkan contraction sebab air ketuban dah pecah..kalau lambat bersalin bimbang baby lemas..semua jenis ubat tahan sakit nurse tanya mama nak atau tak termasuklah epidural..mama tak nak sebab mama memang belum sakit sangat dan mama risau kos nya tinggi..hehe lagi pun sakit penghapus dosa..dan nak juga rasa macam mana mak mama sakit lahirkan mama dulu..tapi bila bukaan 8, mama dah tak tahan..mama minta pain killer tapi tak diberikan kerana dah nak bersalin bimbang baby akan tidur dan jadi makin susah nak bersalin..so nurse bagi mama gas untuk bertahan...sakit yang tak dapat nak diceritakan..kakak boleh rasa sendiri nanti..InsyaAllah..

Orang selalu cakap push macam nak habis nyawa..yes mungkin itulah perkataan nyer..push n lepas baby akan masuk balik..so repeat lagi..kaedahnya, push hold n push..bila hold tak ambik nafas macam mana nak push kan..susah juga la bagi mama yang pertama kali dan tak pergi antenatal class..Lepas lahir, jahit pula..aduhaii..sakit tapi bersalin lebih sakit..badan pun dah lemah..biar jelah doktor nak buat apa..

Rasa macam dah sangat bersedia untuk ada anak..tapi rupanya tak cukup bersedia juga..dengan berpantang..dengan anak menangis..dengan suami jauh..sangat memerlukan kekuatan mental..Alhamdulillah mama berjaya juga hadapinya.. Itulah pengalaman mama melahirkan kakak..walaupun mama katanya antara yang senang melahirkan anak (berdasarkan pengalaman bersalin kawan-kawan) mama rasa perit sangat macam tak sanggup nak laluinya semula..so kakak jangan melawan mama ek..mama nak kakak jadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat..aminn..


18 Mei 2009, Isnin, 11.55 pagi, 3.53 kg, 57 cm

Semalam bersempena hari kelahiran kakak, papa belikan kakak kek aiskrim..papa call nenek guna skype untuk sama-sama meraikan birthday kakak walaupun berjauhan..kakak potong kek lepas nenek nyanyi lagu happy birthday..kakak suka kek tu sebab ada aiskrim coklat..pandai papa pilih..sedap..adik pun rasa sikit bagi hilang kecur..habis comot adik..hehe bila atok balik dari solat jumaat kakak nyanyi dan menari bagi atok tengok..lepas la juga rindu atok dan nenek kat kakak..


Simple celebration @ home
Mama dan papa tak buat majlis pun, bukan mama dan papa tak sayang kakak tapi mama dan papa rasa tak perlu..cukuplah raikan dengan family sahaja..birthday kakak masa umur setahun kawan mama belikan kek sebab kesiankan kakak..masa tu papa kat luar..so secara tak sengaja terjadi lah juga sambutan kecil-kecilan..bila papa ada kita buat juga makan-makan dengan saudara terdekat..itu memang kebiasaan family papa bila ada sambutan hari jadi..tambahan pula birthday kakak sama dengan maklang dan abang ayie..birthday kakak dua tahun pun sama la..kita buat makan-makan dengan saudara terdekat ..selain tu mama dan papa pack kan goodies untuk kawan-kawan taska kakak sebab kakak selalu dapat goodies bag juga bila kawan-kawan kakak sambut birthday..

Kakak tuntut topi macam dalam gambo..hihi
Mama kan rajin edit gambar..sekali kakak tengok gambar dia pakai topi..tapi bila pegang kepala sendiri kenapa takde topi..hari ni kakak tuntut topi..hihi nasiblah plain paper pun jadi..tersengih-sengih kakak..tapi bila nak snap gambar kakak muncung la..haha adik pun jadi mangsa..tapi mangsa utama mama la..kena buat topi..nasib senang je..tapi takpe janji kakak happy..

Umur kakak 3 tahun, kakak pandai alphabets, numbers, shapes, animals, fruits, colours, doa makan..doa tidur..Alhamdulillah.. banyak lagi kakak perlu belajar.. Diapers free daytime sahaja..akan ditingkatkan lagi..hehe menulis dan mengaji mama dan papa perlu berusaha lebih dan bersabar lebih..patutlah atok garang dulu yer papa..phew sabo jela.. permulaan yang baik..semoga menjadi lebih baik.. dan jika menjadi yang terbaik..Alhamdulillah.. InsyaAllah mama dan papa akan terus membimbing dan mendidik kakak mengikut kemampuan kami..Kami sangat sayangkan Kakak..emmuah!!

Tuesday, 15 May 2012

Baked macaroni

Hari ni hari produktif mama..mostly kerja rumah dah selesai..alhamdulillah.. mama nak share gambar dinner kita malam tadi..baked makaroni..mama dah tak berani nak upload ke FB sebab lepas mama upload hari tu..nextday nyer mama kena buat lagi dan bawak ke taman atas permintaan jiran-jiran..mama siap buat dua pan..satu untuk bawak ke taman satu lagi untuk papa bawak ke usrah..sekali papa tak jadi pergi..dua malam berturut-turut kita makan pizza..hmm mama bukan kedekut atau malas nak buat tapi masa mama terhad dan kebehavean adik dan kakak adalah sangat tidak menentu..so no more upload ke FB unless mama bersedia untuk repeat..

Makaroni bakar kita malam tadi boleh tahan..sebenarnya ni percubaan mama yang kedua..first hari tu dari segi rasa pun not bad cuma kemenjadiannya tu tak ok sebab oven tak mesra alam..haha salahkan oven pulak ek..bukan apa sini settingnya dalam F..mama ingat C..so letak 180 lepas tu fikir apa pasal la cheese pun tak cair lagi ni..asyik lah tambah masa..hmm so hasilnya jadi crunchy baked macaroni..memang kecewa betul minggu tu..semua percubaan mama tak menjadi..sekarang mama tak fobia sangat dah untuk baking..tapi masih mencari kekuatan untuk mengukus pulak..mama fobia masak yang guna selain daripada api ni..hihi sebab tak cuba sendiri..

Makaroni bakar..nyum nyum..
Resepi ni mama godek sana sini..tapi sudahnya campak je apa yang sempat.. oh ye hari sabtu hari tu mama buat nasi ayam untuk lunch..kembang kuncup bila papa puji sedap..haha syok juga yer kena puji..tapi jangan makan puji pulak ye anak-anak..bye

Sekali dua daa...

Adik dah besar..dah lima bulan lebih..kalau tempat kita 5 bulan kena inject..mama jeling-jeling kat Al Ansari Specialist Hospital hari tu jadualnya lain sikit..kita 1 3 5..sini 2 4 6..nak kena adjust sikitlah..mama tak sure nak tunggu sampai 6 bulan ke nak ikut jadual tempat kita..sudahnya mama g tengah tengah..kebetulan medical card dah siap, papa pun free so pergi jela..

mama lega bila doktor kata vaksin sama cuma jadual je berbeza..tapi ada yang patut dah tapi adik belum ambil..ada yang belum tapi adik dah ambil..Doktor dah check..lepas dua kali inject baru boleh ikut jadual sini sepenuhnya..doktor cakap juga jadual bukan ikut umur budak tapi gap 1 vaksin dengan yang lain ada yang dua bulan dan ada juga yang sebulan..so tak kisah dia umur berapa janji mesti sama atau lebih dari tempoh yang telah ditetapkan tu..

kali ni adik kena ambik dua vaksin..mama lupa pulak apa namanya..tapi kat sini lain sikit caranya..dua vaksin maknanya dua jarum lah kena inject..kalau tempat kita all in one je..ada anak jiran tu kena tiga..aduss mau nyer demam budak..mama perasan kalau kat tempat kita kesan inject merah sekejap je..sini bengkak..kesian adik..memang dia bagi krim untuk sapu tempat inject tu selain daripada ubat demam..lagi satu kat sini baby memang dibekalkan dengan vitamin A+D sampai umur setahun untuk dapatkan gigi yang elok katanya..tiap-tiap hari..untuk umur adik 4 titik je..

Kepenatan..sakit ek kena inject..

7.5 kg..mok mok adik
Adik dah boleh meniarap..bila terlentang adik bergerak macam ulat..bila meniarap adik try angkat bontot dan dah berpusing tapi belum bergerak..bila letak bagi duduk siap angkat badan..macam dah kuat sangat je..hihi..air liur selalu meleleh..apa yer mama mengidam tapi tak dapat ek..

Tuesday, 8 May 2012

Madinah Trip

Mama nak lunaskan janji untuk post aktiviti kita hujung minggu lepas..agak terlewat sebab gambar ada di beberapa sumber..tapi untuk mengelakkan lebih lewat mama upload apa yang ada sahaja lah..bila dah lama sangat nanti takut mama pun dah lupa nak cerita apa..Trip ke Madinah kali ni dengan tujuan untuk menghadiri kenduri kahwin rakan sepejabat papa..kita terpaksa bermalam di Madinah sebab kenduri bermula selepas isyak hingga lewat malam...

Perjalanan kita ke Madinah menggunakan kereta Tokki dan turut disertai oleh Uncle Haris..Tokki memandu sepanjang perjalanan ke Madinah..Uncle Haris belum ada lesen memandu Saudi dan papa pula kepenatan sebab hari rabu kena stayback hingga larut malam..Kakak tidur nyenyak di pangkuan papa setelah penat hijack kacang masin Tokki..hehe..adik sekejap je tidurnya..mama tak boleh la nak tidur...

Permandangan macam biasa..kebun kurma yang bukan tahap ladang..rumah-rumah tinggal banyak juga dapat dilihat sepanjang perjalanan..cuaca panas antara 38 hingga 41 darjah celcius..memang menguji ketahanan pemandu sebab panas terik..dua kali juga lah Tokki terpaksa berhenti rehat..papa nak drive dah susah sebab kakak tidur dan kalau papa drive mama pun kena move ke depan..leceh lah kan..so Tokki teruskan juga la...

Papa, Tokki dan uncle Haris buat pemerhatian masa berhenti rehat..nak tau macam mana air tangki (gambar R&R_khemah hijau) kat padang pasir ni jadi sejuk..rupanya guna konsep labu sayung..daripada tangki air akan singgah di labu tu dulu (tepi atau bawah tangki) then baru keluar dari paip..kalau tak melecur kot tangan orang yang ambik wuduk..

Perjalanan ke Madinah

Sampai Madinah dalam pukul 3.30 petang..bilik belum ready..lepas asar dalam pukul 4.20 petang baru dapat bilik..biasalah overbook..cuma dia upgrade bagi suite..ada 4 single bed..sofa..tv dan fridge masing-masing ada dua...banyak nyerr la hai..Kita rehat sekejap then baru turun cari lunch..lewatnya lunch..tapi mama dan papa dah standby siap breakfast dan brunch kat rumah..so tak la lapar sangat..

Bilik hotel yang selesa cuma hotel tempat kita lebih bersih

Lepas maghrib semua rehat di bilik jela sebelum siap-siap ke kenduri..mama memang plan untuk stay di hotel sebabnya macam biasalah kenduri di sini asing lelaki dan perempuan..pengantin lelaki dan perempuan pun tak berjumpa masa kenduri..nikah katanya sebulan lepas tapi selagi belum selesai majlis kenduri mereka tinggal berasingan..Kenduri akan bermula lebih kurang 10.30 malam hingga ke tengah malam..untuk pengantin perempuan boleh berlarutan hingga pukul 4 pagi..hp berkamera dilarang untuk dibawa masuk..mama dengar masa ni mereka melaram habis..rugi mama tak dapat nak tengok..


Kakak dan adik yang busyuk..

Memandangkan masih awal..papa yang masih kepeningan dan keletihan ambik nap sekejap kononnya..Tokki pun ambik nap juga..sudahnya dua-dua terbabas termasuklah uncle Haris..jangan salah faham pulak..Tokki dengan uncle Haris nap kat bilik diorang la..hihi Tokki tersedar pukul 2 pagi kenduri pun dah selesai kot..so bukan mama je terlepas peluang nak meraikan pengantin arab tapi papa pun tak dapatlah nak tengok pertunjukan pedang dan terlepas peluang nak menyertai joget lambak arab..hmm maybe next time la kan kalau ada peluang lagi..

Pagi Jumaat kita jalan-jalan ke kedai sekitar Masjid Nabawi..selesai solat jumaat dan lunch, lebih kurang pukul 3 petang kita check out dan balik ke Yanbu..kali ni papa drive..so kita semua duduk depan lah..kakak takut nak duduk belakang dengan Tokki dan uncle..so duduk dan tidur kat kaki mama jela..ruang sempat kakak tak dapat nak melasak..sekejap je masuk kereta kakak dah tidur..lagi kakak dah penat sangat jalan-jalan tadi..
Papa drive..kakak & adik lentok habis..
Sebelum ditamatkan cerita ni mama sajelah nak tunjukkan gambar check point (gambar kat atas)..setiap sempadan ada check point..siang jarang juga polis tu tahan kereta yang lalu..panas agaknya..lagipun bukan musim haji so tak strict sangat..undang-undang sini semua kesalahan yang dibuat akan terus dipenjarakan dulu sebelum dibicarakan..nasib lah kalau perbicaraan tangguh lama lah kena meringkuk dalam penjara..walaupun kesalahan tu kecik sahaja..itu lah cerita trip kita kali ni daripada trip kenduri dah jadi trip jalan-jalan ke Madinah je...:)