Tuesday, 10 April 2012

1st Trip ke Madinah

Alhamdulillah dua minggu lepas kita dah sampai kat Masjid Nabawi..satu lagi tempat belum sampai..Mekah..InsyaAllah nanti papa bawak kita g sana k..tempat lain bukan tak teruja tapi tempat idaman semua Muslim pastinya nak ke Mekah kan...Jarak dari Yanbu ke Madinah tak jauh hanya 2jam perjalanan..jalan pun ok..highway free..minyak pun tak mahal..

Sepanjang perjalanan, pemandangan sekeliling lebih kurang gini jela..tak de bunga - bunga di tepi-tepi.. hiway kita mahal sebab nak menten bunga kot..hehe pokok ada pokok renek je..takde pokok besar-besar, ada ladang kurma, sesekali boleh nampak keldai dan unta di tepi hiway..

Pemandangan di highway

R&R di luar jangkaan, setakat yang mama nampak macam dalam gambar bawah ni je yang ada, tangki air untuk ambil wuduk dan sejadah yang diletak atas pasir untuk orang singgah solat. Kalau ada panggilan hajat dalam perjalanan kena pandai-pandai la yer..

Mama tak faham dia tulis apa tapi mungkin dia tulis air  ni untuk ambil wuduk la kot..hehe

Ini jela R&R yang ada, takde pulak yang komplen tandas tak bersih kan..hihi

Harganya murah setanding dengan kapasiti minyak yang KSA ada la kan..

Gambar-gambar di Madinah belum berkesempatan nak ambil sebab kalut, maklumlah tempat baru untuk mama..tapi sempat juga papa bergambar dengan artis. Masa ni sempat bergambar sebab jumpa dengan schoolmate papa dan mama yang datang buat umrah, kalau tak, takdelah bergambar..papa sibuk dengan kakak mama pulak dengan adik..bergambar adalah perkara terakhir untuk difikirkan...


Kakak, Papa, Hj. Zain, Noh Hujan, Aizat & Ultimate.

Perjalanan ke Madinah kali ni singkat, tengah hari bertolak dari Yanbu dan malam selepas isyak serta dinner bertolak balik ke Yanbu. Sempat singgah di Masjid Quba dan Pasar Kurma aje selain dari Masjid Nabawi. Ok la, kakak dan adik da bosan mama dok layan blog..hehe