Monday, 30 April 2012

DIY Nasi Ikan

Weekend baru-baru ni banyak aktiviti kita, tapi kat Yanbu sahaja la..niat nak ke Mekah tapi disebabkan oleh perkara yang tak boleh nak dielakkan terpaksa tangguh dulu..Khamis pagi lepas breakfast serta kakak dan adik bangun kita terus ke Balad..ada Mall baru bukak so nak survey barang sikit sebelum membeli apa-apa yang patut..bila sampai belum banyak outlet yang bukak cuma ada baju, barang baby dan toys sahaja..so takde la kita beli apa-apa..

Seberang jalan tu pulak ada kedai buku baru bukak..kedai buku ni famous kata papa...sebelum ni papa pergi branch Madinah sahaja..Mama tak jumpa apa-apa yang berkenan untuk mama tapi mama cari beberapa buku untuk kakak menulis..kakak dah kenal alphabets, numbers, shapes dan colours tapi kakak belum pandai tulis..kalau nak masuk International School yang bagus tu ada ujian..salah satunya kena kenal A-Z dan kena boleh tulis A -Z juga selain dari diapers free..

Dari kedai buku kita terus ke Pasar..papa memang beli untuk stok sebulan..nasib fridge yang disediakan ni besar..antara ikan yang dibeli termasuklah ikan macam kedai nasi ikan tu..wah boleh makan nasi ikan dengan banyaknya dan murah sebab buat sendiri..Tengah hari tu tak larat dah nak masak..perut dah lapar so papa tapaw AlBaik je..petang nak keluar lagi..

Lepas Asar kita ke Panda Mall..lebih spesifik ke SACO..tempat favourite papa sebab banyak tool menarik..tempat favourite mama juga sebab banyak peralatan dapur yang menarik..hihi so seperti yang dah dirancang dan dibajetkan..mama dan papa beli keperluan masing-masing..kehendak kena KIV dulu..rambang mata SACO ni..banyak barang yang tak jumpa kat tempat kita so jakun sikit kata orang kampung mama..hehe

Dari SACO kita ke Dolphin Beach Resort..konsulat turun padang..nak terangkan prosedur pendaftaran, peperiksaan, dan lain-lain la..selaintu diterangkan juga tentang REP-Returning Experts Programme..tak relevan sangat untuk kita yang baru sampai..kalau bekerja di luar negara untuk tempoh tertentu (bergantung kepada tahap pendidikan) akan dapat benefit kalau nak balik kerja kat Malaysia..tax rate yang lebih rendah...dapat beli kereta CKD taxfree dan ada few lagi..kita sampai lambat so tak dapat dengar details..cuma kena register dan qualified baru dapat..bukan senang-senang je dapat la..so kena la tinggal lebih lama kat sini untuk qualified..hehe

Hari yang panjang untuk kita..tengah malam baru sampai rumah..penatnyer..Jumaat pagi ada aktiviti lagi..tak larat dah nak pergi..ada juga yang bermalam kat situ..apartment dia dua bilik satu malam SR900..kalau anak tak ramai boleh share 2 family..tapi selagi dalam Yanbu rasa tak berbaloi nak menginap..sayang duit..mahal tu..

Jumaat kita dirumah je..mama kata Homemade nasi ikan..papa kata DIY..do it yourself..mana-mana la..lepas papa balik solat kita menjamu selera hasil tangan mama yang tak setanding dengan kedai nasi ikan tu..tapi kenyang dan puashati serta yang penting lebih murah dan jimat..:)

Nasi Ikan Mama @ Yanbu
Next weekend apa aktiviti yer..perancangan dah ada..nanti mama share kat sini k..bye

Cara-cara Memakai Ihram

Anak-anak mama ni macam-macam ragam..kadang-kadang memang bikin panas..kadang-kadang nak tergelak pun ada..cuma cover juga la sebab takut terbantut pulak tahap kreaviti kakak dan adik nanti kan..so far kakak la macam-macam ragam..sabo jela..Bila kakak behave dan comel kakak akan ikut je cakap mama, lepas mandi sikat rambut elok-elok..lepas tu mungkin nak susu..tak pun duduk kat sofa dengan sopan sambil layan babytv, nursery rhyme takpun disney cartoon kat youtube..biasanya ni pagi la..mood tengah ok dan cukup tidur..

Khusyuk layan youtube
Tengah hari, kakak mula bosan..tapi masih gigih nak layan youtube..mata dah mengantuk sikit..cubaan nak melawan keinginan tidur..mula nak sepahkan rumah..habis segala kusyen kena angkut..tak tau apa yang kakak bayangkan..singgahsana kot..jangan bayangkan pelamin dah le..baju ntahle berapa kali dia tukar..mix & match yang pelik..mama tak kuasa nak marah..sebab tangan mama ni laju asyik nak cubit je..selagi tak bahaya dan tak kacau adik mama tahan dan biarjela even rumah bersepah..dengan harapan bila toys kakak dah sampai kakak kurang kacau peralatan rumah..insyaAllah..aminn


Layan youtube di singgahsana
Malam menjelma, kreativiti makin bertambah..kakak jerit-jerit nak KIN..mama dengar macam green..kakak ulang lagi KIN sambil garu kepala..marah sebab orang tak faham..mama dah tergelak..kakak lagi la marah..papa yang masih boleh cover bawak kakak tunjuk apa yang dia nak..rupanya napkin..hihi

Lepas papa ambilkan napkin, papa terus ke surau..mama biarje kakak sambil layan adik..bila lama-lama tu baru mama perasan kakak cuba nak pakai ihram macam papa..hihi masa papa berihram kakak memang heran gila..papa pakai apa tu? berulang kali kakak tanya..rupanya balik kakak cuba sendiri...kakak..ihram untuk boy je..nanti kakak faham lah kan..


Mula-mula ikat kain di pinggang

Then tutup bahu dengan kain lagi satu..

Ok dah siap..duduk dulu tunggu papa balik..hehe
Itulah aktiviti kakak bila bosan..so petang seboleh mungkin mama dan papa akan cuba bawak kakak ke taman..kalau tak macam-macam ragam kakak..letih nak layan..oh ye setakat ni pencapaian kakak sangat memberangsangkan..kakak dah diapers free..daytime jela..kena mantapkan lagi..bila dah betul-betul ok boleh la pergi school nanti.. 

Adik's 1st Toy

Kesian adik takde toys..selalu mama ulang mantera tu kat papa..minta kesian nak beli toys..hihi Adik bukan takde toy tapi shipment tak sampai-sampai..Bulan lepas papa buat dek je sebab dengan harapan barang akan sampai dalam masa terdekat..nampaknya mantera mama dah menjadi bulan ni..so dapat lah adik toy yang pertama..terima kasih papa..lain kali beli lagi ek..hehe

Infantino - Movers & Shaker
Selalu mama jumpa kalau toy yang shake ni kita kena tarik ekor dia tak pun ada tali,..tapi yang ni kena press kat kepala dia..so dia akan shake dan bunyi muzik..so far adik suka..sekarang cubaan nak makan telinga mouse..kakak memang tau ni untuk adik..kalau adik nangis kakak akan ambik mouse bagi kat adik..bila nak pakaikan baju pun dah agak susah adik asyik nak meniarap je..so mama letak mouse ni dapatlah delay kan kejap..atleast siap pakaikan diapers cukupla..baju dengan seluar mama pakaikan masa adik meniarap je..dah melasak adik ni..

Mouse..ada juga cow & elephant tapi color tak best

Sukanya adik..

Pose sket..sampai terjulur lidah..hehe


Tengok kakak main gelung ke..


Kakak pun pantang dapat peluang nak toys juga..adik beli kakak mesti beli,..kakak beli adik belum tentu beli sebab adik belum pandai minta..hehe kali ni kakak beli hulla hop tu..gelung macam angelina ballerina tu..balik berpusing-pusing la kakak..mama dengan papa pun kena main sekali sebab ada tiga..tapi bak kata papa pinggang dah takde..hihi

Akhirnya dapat lah juga adik barang sendiri..banyak barang adik adalah barang kakak dulu..sayang sebab masih elok dan boleh pakai..memang tak perasan pun macam dah lama..nanti barang untuk boy kita beli baru kay..kena jimat-cermat..beli yang belum ada sahaja tau..tapi kalau yang dah ada tu rosak bolehlah ganti..sayang anak-anak mama, main sama-sama jangan berebut ye..bak kata kakak share ek...pinjam ek..tapi kalau barang kakak..kakak akan cakap tu kakak punya..adeh..nanti dah besar jangan kedekut tauuu..

Thursday, 26 April 2012

Chicken Bukhari vs Chicken Mandy

Mood asyik nak cerita pasal makan je...bahaya ni..takpe petang kelmarin dah g swimming..hehe mama nak introduce nasi arab yanbu..kat Malaysia pun da makin famous nasi arab ni..asal ada special occasion je mesti nak g makan nasi arab..orang Malaysia yang tinggal kat sini dah bosan makan nasi bukhari atau nasi mandy..cuma kadang-kadang bila ada farewell ada juga la yang masih memilih nasi mandy..biasanya kambing la..lahar mandy namanya..
Kalau menu untuk rumah kita papa akan beli chicken..sama ada bukhari atau mandy..bezanya pada nasi nya sahaja..seingat mama nasi tu macam lebih kurang je..mama belum dapat bezakan lagi mungkin sebab belum muak menikmati nasi arab kat sini kot..bau ayam dia je mama terus rasa nak makan..ayam untuk kedua-dua jenis nasi ni sama ala-ala ayam percik kita tu..sedapp..sos nasi arab dengan kuah macam nasi arab kat tempat kita tu pun memang ada..dia bagi juga bawang mentah dengan lemon..selalunya mama dengan papa tak makan pun bawang tu.
Nasi arab ni biasanya papa beli hari jumaat, lepas solat jumaat..sampai je rumah terus hidang dan makan panas-panas..kalau set yang bawah ni seekor ayam..so boleh makan dua kali..nasinya tu memang banyak..dan nasi kat sini memang boleh makan dengan banyaknya..entahlah kenapa sebab lauk nya satu tak pun nasi nya kurang kanji so lambat kenyang..mungkin juga sebab mama dengan papa kuat makan kot..hehe lagi pun tak perasaan dah makan banyak mana sebab dihidang macam gambar kedua tu..main kaut selagi ada..hehe berlawan-lawan la mama dengan papa..sedar - sedar dah habis..hihi oh ye kakak pun suka nasi yellow dengan chicken ni..adik memang kecur habis tapi tak dapat..cian adik..

Seekor ayam dan satu tray nasi..nyum nyum

Sedia dihidang..jom makan..opps.. baca doa dulu..

Wah! hari jumaat dah dekat..ada harapan paw papa lagi ni..hehe (alasan tak nak masuk dapur..hihi)

Thursday, 19 April 2012

AlBaik

Ada orang kebuluran tapi takde makanan..ada orang banyak makanan tapi tak boleh makan..so kita yang masih diberikan rezeki dan mempunyai keinginan untuk makan perlu gunakannya sebaik mungkin..kata rasulullah makan ketika lapar..berhenti sebelum kenyang..Makan ketika lapar insyaAllah mudah nak amalkan..berhenti sebelum kenyang tu yang susah nak ikut..selalunya selagi makanan ada depan mata selagi tu la kita makan..kalau kat sini pula saiz hidangan tu semua banyak..

Sebut pasal makan..hari ni mama nak cerita pasal AlBaik..kfc versi arab..KFC ada juga kat KSA tapi kat Yanbu takde..AlBaik pun boleh tahan..set dia ada 4 ketul ayam atau setengah ekor dan 8 ketul yakni seekor ayam..banyakkan..takde jual yang 2 ketulje..minimum 4 ketul..

Set dia ada roti dan fries..sos dia garlic sos..papa suka..mama suka tambah dengan sos tomato sikit..kurang la bau garlic tu..ada spicy dengan original..kalau beli kena la beli dua-dua spicy untuk mama dan papa..original untuk kakak..kadang-kadang kakak makan kulit je..hmm..
Set 4 ketul ayam..


Spicy Chicken untk mama dan papa

Harga untuk 4ketul SR12 rasanya..nampak sedap tak?pada mama yang spicy sedaplah..maklumlah selera orang melayu nak yang pedas je barulah ada rasa..k lah nak pergi balad..bye...

Wednesday, 18 April 2012

Sebulan di Yanbu..

Apa perasaan mama?? Masa jejak kaki kat sini papa tanya apa perasaan mama dah sampai..pergi madinah papa tanya lagi..kat mekah depan kaabah pun papa tanya juga..kadang-kadang apa yang kita rasa tak terucap dengan kata-kata..mama cuba juga nak jawab tapi soalan papa tu dibiar tak berjawab..apa yang mama rasa sebenarnya? Pertama sekali mama rasa bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk bersama suami dan anak-anak mama tanpa perlu memikirkan kerja...mama dapat menyediakan juadah dengan hasil tangan mama walaupun terpaksa menggodek resepi di sana - sini..

Bila dapat ke Madinah mama macam masih di awang-awangan..rasa macam persediaan tak cukup untuk 'bertemu' Rasullah s.a.w..Lain pula perasaan bila sampai di Mekah..nampak je kaabah..rasa gembira, teruja sebab dijemput menjadi tetamuNya..Alhamdulillah mama sampai ke Mekah..mama dapat melihat kaabah yang menjadi kiblat kita..mama dapat solat dihadapan kaabah..mama dapat mengerjakan umrah..memang mama bersyukur sangat-sangat....Sampai je di Yanbu mama memang tak sabar sangat nak ke Mekah..selagi tak ke Mekah mama risau sangat kalau-kalau mama tak dijemput menjadi tetamuNya..setiap kali papa terpaksa tangguh untuk ke Mekah mama takut sangat..sekarang mama dah lega sebab dah ke sana dan mama tak sabar untuk dijemput ke sana lagi..harap-harap semuanya dipermudahkan..InsyaAllah..

Setelah sebulan di tempat orang..mama mula menyesuaikan diri..mama memang selesa berjubah tapi mama janggal berfurdah..mama rasa sesak nafas..mama rasa tak cukup oksigen..mama rasa sakit hidung..semua ada..tercungap-cungap rasanya bila dukung adik..sekarang mama tetap rasa rimas tapi mama dapat bernafas macam biasa dan tak kekok lagi..

Berkenaan tugas baru pula mama berharap mama dapat buat dengan lebih baik..papa sentiasa bagi sokongan moral bila mama kecewa eksperimen masakan mama gagal..cuma sekarang ni mama masih tercari-cari tempat yang jual bahan-bahan yang mama nak..skill tak cukup..bahan pun tak berapa cukup pasti hasilnya tak berapa baguskan..tak pe lepas ni kena praktis dan praktis lagi..

Anak-anak mama pun dah mula menyesuaikan diri..kakak semakin behave..masa awal dulu sukar juga mama nak kawal..mungkin sebab kejutan budaya, persekitaran, makanan dan juga sindrom baru dapat adik..kesian juga kakak nak adapt semuanya serentak..Alhamdulillah kakak dah mula serasi dengan suasana baru..

Adik pula dah nak masuk 5 bulan..boleh meniarap..tak banyak ragam..tapi selalu tidur adik diganggu dek kakak yang asyik lah nak peluk adik kesayangannya..pandai nak main dengan kakak..sabar dengan apa yang kakak buat kat dia..adik dah mula cuba-cuba angkat punggung..dah nak merangkak agaknya..

Walaupun housewife sepenuh masa, mama sempat juga exercise..kawasan rumah kita ada swimming pool dan gym..masuk tak payah bayar..dekat sangat, jalan kaki je..so rugi kalau tak ambil peluang..mama dan papa bergilir-gilir swimming mengikut hari yang dijadualkan untuk lelaki dan perempuan..rasa best sikit badan bila exercise..

Kesimpulannya mama happy kat sini sebab ada family mama, ada Mekah dan Madinah..:)



Tuesday, 17 April 2012

Adik 1st Train Ride

Hari ni mama nak cerita pengalaman bawa adik naik train..ni pun cerita flashback juga..biasa la kan drama Melayu banyak flashback..hehe Alkisahnya masa kita tengah pindah baru-baru ni..barang-barang utama dah bawa ke Rinching, tinggal lagi barang yang nak  dibawa ke Yanbu..satu trip dah selamat ke rumah atok..ingat nak bawa dua kereta serentak tapi bila memikirkan dah lewat malam so satu kereta tinggal dulu kat Putrajaya..papa risau mama drive dengan adik berdua je..takut adik nangis mesti mama kalut habis sebab nak pergi Rinching dulu sebelum ke Keramat..kalau terus ke Keramat mungkin mama konfiden sikit..

So dihari kejadian, atok dengan nenek tolong hantarkan ke Station LRT..ada juga drama lagi sebab plan nak tinggalkan kakak..barang ada sikit lagi nak dikemas, kalau bawa kakak nanti kerja jadi lambat..adik terpaksa bawa sebab bekalan dengan mama..hehe selalunya kakak nak je ikut atok dengan nenek tapi kali ni kakak meraung la pulak.. mungkin sebab ada papa kot..dah le baru jumpa papa, kena tinggal pulak..tak sampai hati mama nak tinggalkan kakak tapi terpaksa tinggal juga la..paling tak tahan bila mama pusing kakak still nangis rasa macam nak buat drama hindustan pergi tahan kereta atok dan bawa kakak sekali..hihi

Dari Setiawangsa  adik behave..transit kat KL Sentral nak ambil ERL ke Putrajaya, memandangkan nak cepat so papa cadang tapaw je Burger King untuk lunch...bila check schedule ERL lambat lagi so minum dan makan fries dulu lah..nanti sejuk tak sedap kata papa..sambil tu ambik gambar adik dulu..kakak jangan jeles yer..kakak dah naik train dengan papa..dengan atok pun dah..dengan mama kakak naik aerotrain je..


Adik mok da 3 bulan time ni

Papa yang baru seminggu jumpa adik

Adik tunggu train dengan behave sekali
Masa tunggu ERL adik ok je..bila dah lapar..adik da start nanyian lagu merdu..part ni mama paling risau bila naik public transport..susah mau bagi supply..rilex mama..cool...nasib baik train dah sampai dan orang tak ramai..so depan seat kita takde orang..dapatlah mama susukan adik..Bila dah kenyang adik ok je..tengok luar train..tengok papa..tengok mama..asyik senyum je..happy la kan dapat jalan-jalan...Kecuakan mama nak bawa adik jalan-jalan tak lah sepanik nak bawa kakak dulu..dulu takde pengalaman..kali ni dah ok lah..


Dalam train pun minta supply..kena sorok-sorok sikit..


Burpp..da kenyang..Alhamdulillah

Bila dah sampai kat Putrajaya Sentral nak tunggu bas pulak...sekali driver bas tengah tukar shift..lambat pulak la nak tunggu..teksi ada tapi sebab takde apa nak kejar..alang-alang tunggu jela bas..adik pun dah tertidur..nasib baik sempat sampai rumah sebelum adik berlagu lagi..Walaupun kecuakan kurang tapi risau juga la kan..

Ok la..papa dah jeling-jeling mama tu..dari tadi mama dok mengadap laptop..hihi lepas ni nak citer apa pulak ek..mmm fikir dulu la..bye

Tuesday, 10 April 2012

Picnic @ Yanbu Lake

Last weekend papa decide untuk tak ke mana-mana, stay kat Yanbu sahaja..Duduk rumah saje pun boring kan so papa bawak g picnic kat Yanbu Lake..mama dan papa boleh rehat dan kakak boleh main slide & swing..adik boleh tidur lena dibuai angin sepoi-sepoi bahasa..Mama pun sediakan makanan sikit untuk dibawa bekal..boleh kunyah-kunyah sambil rehat-rehat kan..

Sambil rehat-rehat mama jeling-jeling juga la keluarga lain yang turut berpicnic..Mama tengok masyarakat sini pergi picnic bawak perkakas macam nak berkampung kat situ..meriah sungguh..bukan siang je tapi sampai ke malam..papa kata kalau siang panas..so taman mainan kanak-kanak tempat riadahnya meriah waktu malam..sejuk dan selesa..diorang tak perlu risau hujan..memang jarang - jarang hujan dan tak humid..takde la istilah berembun tu kat sini..

Jom tengok gambar..kalau nampak hijau tu sebenarnya untuk kawasan sekitar tasik ni sahaja..selain tu pasirla..

Besnyer adik tdo..nyaman..dapat baring memang bess ni

Cari tempat, bentang tikar..hallass..
  
Nak buai dengan papa..



Pakai skirt pun boleh panjat..


Wee....bess

Semua nak dengan papa..manja betul kakak..


 
Mama rehat dengan adik..

Adik layan perasaan..



Kakak tengok fish beso..
 
Makin excited

Kakak jom balik..waitt...

Actually kakak dengan adik baru baik demam dan batuk..kakak teruk sikit siap kena ambik gas setiap 8jam untuk dua hari..adik kena juga tapi 1 hari sahaja setiap 12jam...tapi adik ambik sekali je..kakak sebab teruk sikit pergi juga la 3kali..bila dah baik papa bawaklah g picnic ni..

Da sebut pasal sakit ni jom mama cerita sikit lah pasal kos perubatan kat sini..boleh tahan mahal juga..nasib company tanggung..cuma disebabkan medical card belum siap papa kena bayar dulu then claim kemudian..kalau tak cover jenuh juga..consultation fee SR150..dua orang SR300..nebuliser 1 sesi SR80..kakak 3 kali..adik 1 kali..total SR320..kakak kena 1 injection SR40..ubat belum lagi..beli kat farmasi SR100+...

Sebelum ni buat medical check up lagi kat Yanbu pulak untuk dapat resident card dah kena SR300+..so total lebih kurang SR1000 sebulan untuk medical sahaja..anak-anak mama nak migrate kena sediakan apa yang patut yer..kat negara sendiri bayar RM1 pun minta free lagi..pergi negara orang ada ke pilihan..nak tak nak bayar jela..


1st session..tu tangan papa..nurse tak tolong pegang macam kat negara kita ye..

Adik pun kena..mama tak beso..jubah je beso..hehe

2nd session g dengan papa je..3rd takde gambar la

Apa-apa pun syukur kakak dan adik dah sihat...gigihnya mama berblog hari ni..Dah la bawak kakak g main pulak..bye..

Sepeninggalan Papa

Cerita - cerita backdated sikit ok kan..masa lepas pantang sambil mengemas untuk pindah mama melepaskan gian berjalan ke sana sini so tak berblog..banyak aktiviti yang tak sempat nak nukilkan kat sini..so untuk kenang-kenangan mama nak upload juga la gambar-gambar aktiviti kakak dan adik sebelum pindah...ok jom kita imbas balik ek..

Makan-makan Lepas Pantang

Makan-makan aktiviti mama la..semua mama rasa nak makan..lebih dari mengidam..ada dua faktor satunya sebab menahan diri masa berpantang, lagi satu sebab nak berhijrah ke Yanbu..risau sangat takde makanan macam kat Malaysia so mama makan dan makan dan makan la..hehe sambil -sambil tu mama shopping-shopping juga..sementara masih bergaji..hihi

Kakak paw mama baby baru..hihi

Mama minum ais..sedappp
Maksu malu-malu


Kakak makan sikit je..mm
Adik tidur je..memberi kerjasama penuh..tq adik


Jalan - jalan KLCC

Masa buat medical check up kat Prince Court Medical Centre dah plan nak g jalan, tapi penat tak jadi pergi terus ke rumah nenek je..kakak pun nak tidur..so masa ambik medical report bawak kakak jalan - jalan KLCC..nak tengok - tengok hadiah untuk birthday papa juga..Mama tak pernah bagi surprise present untuk papa..papa selalu lah..kali ni teringin ler juga nak buat surprise kan..Bukan mudah nak cari barang dengan kakak ni tapi mama dan maksu berjaya lakukannya hari tu..hehe cuma banyak pit stop..semua nak try..yang untung sikit kakak nak naik je mainan tu semua tapi tak nak masuk duit..lega mama..hehe

Adik macam biasa lah tidur je..tapi masa mama tengah nego harga kamera untuk papa adik nangis..aduss mama cuak juga sebab takut adik meraung..salesgirl tu  agaknya risau mama tak beli sebab nak cepat terus bagi harga yang mama minta..hehe tq yer adik..jimat RM100..


Nak naik ni mama..


Nak ni pulak..

Takut bear..tak nak..

Barney polak ek..
Kakak 1st Swimming Session

Kakak excited nak g swim lepas alya dengan aqil datang, dia tengok je diorg swim kat P9..masa tu kakak tak bawak baju..sebab plannya lain..setelah bertangguh-tangguh dek kerana hujan akhirnya tercapailah hasrat kakak..kakak suka sangat..mama risau terlebih..tapi kakak tersangatlah happy..susah juga maksu nak pujuk ajak balik..

Kakak mok

Ahaks..besnyerr

Adik pose tepi pool jela..tunggu kakak mandi.

Kakak 1st Ice Cream Session

Masa umur setahun lebih kakak sensitif sangat dengan sejuk dan ais..so mama dan papa tak ajar kakak makan ais krim..ais kadang-kadang terlepas juga la..so bila atok belanja ais krim kakak tak pandai makan ais krim..heran atok dengan nenek..hehe lepas dah makan sundae dengan atok, barulah kakak pandai minta ais krim..cuma semua ais krim cup la..1st time bagi ais krim biasa habis 1 magnum mini..

Comotnya
Alamanda rumah kedua

Hari-hari mesti jalan, macam mana pun nak keluar juga..bukan kakak je meronta..mama dan maksu pun sama..hehe mama dengan maksu dah kontrol tapi kakak ajak juga..hihi Keluar sekejap pun jadi lah..Jalan dekat-dekat pun cukup lah..mall mana lagi kan yang paling hampir..Alamanda lah jawapannya..kadang tu pergi setakat bawak kakak main then balik..nak cari barang tengok mood kakak..kalau nak cari juga, bergilir-gilirlah duduk dalam kereta..bukan diam pun dalam kereta cuma lebih terkawal jela..sabo jela

Kakak selalu naik free, segan mama
 
Maksu mangsa buli kakak..peace maksu

Slide
Slide lagi.

Kemas barang

Kemas dan mengemas tak habis-habis sampai lah pindah..bila dah dapat rentak mengemas ada je yang cebok..kakak dan adik saje tau...tapi akhirnya selesai la juga..Alhamdulillahh..

Mama sibuk kakak lagi cebok.ee ende..balu la..

Adik time ok..tdo sampai jadi C kadang S

Lebih kurang gitu lah ceritanyer sepeninggalan papa..tapi ini cerita selepas pantang ajela..sebelum bersalin lain kisahnya..Ok lah anak-anak mama..terima kasih sebab tidur lena..sempatlah mama siapkan post ni..emmuahh sayang Khalisya dan Darwisy..