Tuesday, 22 May 2012

Transform!!

Papa..jangan marah..nak juga buat post ni.. mama tulis sikit je ek..sikit je tak banyak..

Dalam masa tak sampai setahun ni banyak sangat perubahan papa..so mama nak abadikan lah kat sini untuk tatapan kakak dan adik..hehe Jom kita nak tengok transformasi papa yer anak-anak..

Gambar 1 hingga 3

Gambar yang kat atas dan paling kiri tu memang mama biasa tengoklah..itulah selalunya image papa bila nak pergi kerja..potongan rambut pun ala-ala pendek dan kalau tak sikat pun orang tak perasaan..hehe gambar tu diambil untuk permohonan  visa ke saudi

Gambar kedua dan ditengah-tengah tu pulak masa papa baru-baru lagi di saudi..ala-ala imam yang tak berapa nak muda gitu..hihi suci je nampak..mama suka..tapi kalau papa pakai macam ni maknanya mama pun kena la berjubah hitam itu kat tempat kita..macam alim sangat la pulak kan..

Gambar ke tiga tu bila dah lima bulan papa kat Saudi tanpa anak dan isteri..bayangkanlah kalau setahun atau lebih...hihi memang papa homesick habis..nasib lah ada skype kan..kalau tak tak tau lah macam mana gaya papa..haha

Gambar 4 & 5

Gambar ke empat tu image papa sekarang..kalau dulu papa prefer rambut pendek tapi sekarang papa suka rambut panjang..mama ok je selagi tak serabut..tersisir rapi gtu..ahaks janggut jela makin panjang banding dulu..janggut ok..jambang taknak..

Gambar ke lima tu agak-agak papa akan buat tak?rambut belah tepi..papa sendiri tak tahan nak tengok..smart apa kan..nape papa tak suka ek..orang teknikal tak boleh ek berambut macam orang management..hihi tapi mana tau nanti dah masuk 4siries papa tukar image macam ni kan..just wait & see k..

Ok lah..tadi janji pendek je kan..dah habis dah..bye..papa jangan marah..we love you..

An Evening in Compound

Aduhai mata mengantuk sangat dah ni..mana taknya mama makan nasi banyak sangat hari ni..untuk elakkan tidur baik mama update blog sikit kan..adik pun tidur lagi tu..mengamuk sakan tadi..maklumlah dah enam bulan adik hari ni..tunjuk perangai la ek..kakak macam biasa lah dok melayan youtube even mata hampir nak tutup..

Petang-petang aktiviti wajib kita kat sini, pergi ke taman dalam kawasan compound ni juga la..tak jauh..bersebelahan surau..kalau mama pergi swimming papa lah jaga kakak dengan adik..turn papa swim mama pula jaga..kalau dua-dua tak swim papa akan tengokkan kakak mama layan adik sambil borak-borak..kadang-kadang ada juga yang bawak minum petang..sambil borak sambil makan lah..mama jarang-jarang sekali bawak..tengok mood dan kelapangan mama lah..

Lagi satu kalau ada nak buat majlis makan-makan, kat taman ni la tempat diskusi penetapan tarikh dan pembahagian tugas..taman ni juga lah tempat makan nya..hihi auntie-auntie kat sini sangat rajin dan suka gotong-royong..bukan setakat makan-makan je buat sama-sama..g shopping pun sama-sama naik coaster compound..mama tak join lah jalan-jalan..sukar nak kawal hero dan heroin serentak..


Buai laju-laju sampai cucur atap...hehe


Kat taman ni yang syoknya ada buai yang sesuai untuk baby yang belum boleh duduk..tapi kalau tak cukup tinggi tak boleh kot..adik seronok lah dapat main buaian dengan kakak..kakak pun boring main sorang-sorang..kawan-kawan sebaya kakak belum pandai nak berkawan..yang dah besar ada kawan masing-masing..tapi kakak still enjoy sebab papa selalu layan kakak..
  

Kakak suka naik frog Tuk Tuk..
Adik suka naik buai..yang lain belum pandai..

Selain dari main slide, swing, see saw dan Tuk Tuk tu..kakak suka juga main pasir petik bunga kat taman ni..sebelum ni papa tak sempat nak snap gambar..tapi semalam kakak siap posing lagi..geram je mama dengar..dengan mama bukan main marah lagi bila nak ambil gambar..hihi

Comeynya kakak pakai bunga..

Jangan jadi model tau besar nanti..busana muslimah boleh kot?

Sebagaimana skill memasak mama yang naik lagi satu stage..skill mengambil gambar papa pun dah up sikit..hehe papa baru ambil gambar pakai handphone tu..kalau pakai DSLR yang tersimpan kat almari je tu mesti lagi cantik kan..hihi skill mama? oh ye kita dah dua bulan lebih sikit kat sini dan mama rasa mama semakin berani mencuba resepi-resepi baru..hari ni mama mengatasi fobia mama untuk mengukus..berjaya juga selesaikan puding karamel untuk majlis makan-makan nasi kerabu malam ni..k lah lepas ni nak g tolong auntie su potong daging bakar..sambil tu jom tengok gambar baru papa..cantik tak?


An Evening in Compund

Saturday, 19 May 2012

Happy 3rd Birthday kakak..

Cepatnya masa berlalu, dah tiga tahun mama memegang status ibu..18 Mei 2009 kakak dilahirkan mengakhiri teka teki dan pertanyaan taulan dan saudara terhadap mama tentang anak..Alhamdulillah rezeki dari Allah mama berjaya juga melahirkan seorang bayi..mungkin pada pandangan sesetengah orang mempunyai zuriat membuktikan kejantanan papa dan menyempurnakan keperempuanan mama..pada mama sendiri mama perlukan pewaris keturunan..Walaupun mama mempunyai kakak, abang dan adik tetapi mama juga adalah anak tunggal kepada mak dan ayah mama..

Detik kelahiran kakak sememangnya ditunggu-tunggu kerana ini pengalaman pertama untuk mama dan papa..papa bekerja di Labuan pada ketika itu..tercari-cari tarikh yang sesuai untuk pulang bersama-sama berkongsi rasa keterujaan menyambut kelahiran anak sulung..namun Allah telah menentukan bahawa mama mengharungi detik itu sendiri..Pukul 4 pagi mama terbangun setelah berborak panjang dengan papa pada malam tu..mama terasa basah..mungkin terkencing kot..terus ke tandas dan kemudian sambung tidur semula..Pukul 6 pagi mama bangun untuk solat Subuh masih basah..mama call papa, papa pun tak pasti mungkinkah itu tandanya..Masih awal seminggu sebelum due..Mama call nenek yang dah ke surau bersama atok..tak sempat mama selesai solat atok dan nenek dah balik..bila diajak ke hospital terasa blank sebab tak sakit dan semalamnya mama masih lagi sempat window shopping sorang-sorang di JJ..huhu

Sampai dihospital dah ada bukaan..nurse masukkan ubat untuk kuatkan contraction sebab air ketuban dah pecah..kalau lambat bersalin bimbang baby lemas..semua jenis ubat tahan sakit nurse tanya mama nak atau tak termasuklah epidural..mama tak nak sebab mama memang belum sakit sangat dan mama risau kos nya tinggi..hehe lagi pun sakit penghapus dosa..dan nak juga rasa macam mana mak mama sakit lahirkan mama dulu..tapi bila bukaan 8, mama dah tak tahan..mama minta pain killer tapi tak diberikan kerana dah nak bersalin bimbang baby akan tidur dan jadi makin susah nak bersalin..so nurse bagi mama gas untuk bertahan...sakit yang tak dapat nak diceritakan..kakak boleh rasa sendiri nanti..InsyaAllah..

Orang selalu cakap push macam nak habis nyawa..yes mungkin itulah perkataan nyer..push n lepas baby akan masuk balik..so repeat lagi..kaedahnya, push hold n push..bila hold tak ambik nafas macam mana nak push kan..susah juga la bagi mama yang pertama kali dan tak pergi antenatal class..Lepas lahir, jahit pula..aduhaii..sakit tapi bersalin lebih sakit..badan pun dah lemah..biar jelah doktor nak buat apa..

Rasa macam dah sangat bersedia untuk ada anak..tapi rupanya tak cukup bersedia juga..dengan berpantang..dengan anak menangis..dengan suami jauh..sangat memerlukan kekuatan mental..Alhamdulillah mama berjaya juga hadapinya.. Itulah pengalaman mama melahirkan kakak..walaupun mama katanya antara yang senang melahirkan anak (berdasarkan pengalaman bersalin kawan-kawan) mama rasa perit sangat macam tak sanggup nak laluinya semula..so kakak jangan melawan mama ek..mama nak kakak jadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat..aminn..


18 Mei 2009, Isnin, 11.55 pagi, 3.53 kg, 57 cm

Semalam bersempena hari kelahiran kakak, papa belikan kakak kek aiskrim..papa call nenek guna skype untuk sama-sama meraikan birthday kakak walaupun berjauhan..kakak potong kek lepas nenek nyanyi lagu happy birthday..kakak suka kek tu sebab ada aiskrim coklat..pandai papa pilih..sedap..adik pun rasa sikit bagi hilang kecur..habis comot adik..hehe bila atok balik dari solat jumaat kakak nyanyi dan menari bagi atok tengok..lepas la juga rindu atok dan nenek kat kakak..


Simple celebration @ home
Mama dan papa tak buat majlis pun, bukan mama dan papa tak sayang kakak tapi mama dan papa rasa tak perlu..cukuplah raikan dengan family sahaja..birthday kakak masa umur setahun kawan mama belikan kek sebab kesiankan kakak..masa tu papa kat luar..so secara tak sengaja terjadi lah juga sambutan kecil-kecilan..bila papa ada kita buat juga makan-makan dengan saudara terdekat..itu memang kebiasaan family papa bila ada sambutan hari jadi..tambahan pula birthday kakak sama dengan maklang dan abang ayie..birthday kakak dua tahun pun sama la..kita buat makan-makan dengan saudara terdekat ..selain tu mama dan papa pack kan goodies untuk kawan-kawan taska kakak sebab kakak selalu dapat goodies bag juga bila kawan-kawan kakak sambut birthday..

Kakak tuntut topi macam dalam gambo..hihi
Mama kan rajin edit gambar..sekali kakak tengok gambar dia pakai topi..tapi bila pegang kepala sendiri kenapa takde topi..hari ni kakak tuntut topi..hihi nasiblah plain paper pun jadi..tersengih-sengih kakak..tapi bila nak snap gambar kakak muncung la..haha adik pun jadi mangsa..tapi mangsa utama mama la..kena buat topi..nasib senang je..tapi takpe janji kakak happy..

Umur kakak 3 tahun, kakak pandai alphabets, numbers, shapes, animals, fruits, colours, doa makan..doa tidur..Alhamdulillah.. banyak lagi kakak perlu belajar.. Diapers free daytime sahaja..akan ditingkatkan lagi..hehe menulis dan mengaji mama dan papa perlu berusaha lebih dan bersabar lebih..patutlah atok garang dulu yer papa..phew sabo jela.. permulaan yang baik..semoga menjadi lebih baik.. dan jika menjadi yang terbaik..Alhamdulillah.. InsyaAllah mama dan papa akan terus membimbing dan mendidik kakak mengikut kemampuan kami..Kami sangat sayangkan Kakak..emmuah!!

Tuesday, 15 May 2012

Baked macaroni

Hari ni hari produktif mama..mostly kerja rumah dah selesai..alhamdulillah.. mama nak share gambar dinner kita malam tadi..baked makaroni..mama dah tak berani nak upload ke FB sebab lepas mama upload hari tu..nextday nyer mama kena buat lagi dan bawak ke taman atas permintaan jiran-jiran..mama siap buat dua pan..satu untuk bawak ke taman satu lagi untuk papa bawak ke usrah..sekali papa tak jadi pergi..dua malam berturut-turut kita makan pizza..hmm mama bukan kedekut atau malas nak buat tapi masa mama terhad dan kebehavean adik dan kakak adalah sangat tidak menentu..so no more upload ke FB unless mama bersedia untuk repeat..

Makaroni bakar kita malam tadi boleh tahan..sebenarnya ni percubaan mama yang kedua..first hari tu dari segi rasa pun not bad cuma kemenjadiannya tu tak ok sebab oven tak mesra alam..haha salahkan oven pulak ek..bukan apa sini settingnya dalam F..mama ingat C..so letak 180 lepas tu fikir apa pasal la cheese pun tak cair lagi ni..asyik lah tambah masa..hmm so hasilnya jadi crunchy baked macaroni..memang kecewa betul minggu tu..semua percubaan mama tak menjadi..sekarang mama tak fobia sangat dah untuk baking..tapi masih mencari kekuatan untuk mengukus pulak..mama fobia masak yang guna selain daripada api ni..hihi sebab tak cuba sendiri..

Makaroni bakar..nyum nyum..
Resepi ni mama godek sana sini..tapi sudahnya campak je apa yang sempat.. oh ye hari sabtu hari tu mama buat nasi ayam untuk lunch..kembang kuncup bila papa puji sedap..haha syok juga yer kena puji..tapi jangan makan puji pulak ye anak-anak..bye

Sekali dua daa...

Adik dah besar..dah lima bulan lebih..kalau tempat kita 5 bulan kena inject..mama jeling-jeling kat Al Ansari Specialist Hospital hari tu jadualnya lain sikit..kita 1 3 5..sini 2 4 6..nak kena adjust sikitlah..mama tak sure nak tunggu sampai 6 bulan ke nak ikut jadual tempat kita..sudahnya mama g tengah tengah..kebetulan medical card dah siap, papa pun free so pergi jela..

mama lega bila doktor kata vaksin sama cuma jadual je berbeza..tapi ada yang patut dah tapi adik belum ambil..ada yang belum tapi adik dah ambil..Doktor dah check..lepas dua kali inject baru boleh ikut jadual sini sepenuhnya..doktor cakap juga jadual bukan ikut umur budak tapi gap 1 vaksin dengan yang lain ada yang dua bulan dan ada juga yang sebulan..so tak kisah dia umur berapa janji mesti sama atau lebih dari tempoh yang telah ditetapkan tu..

kali ni adik kena ambik dua vaksin..mama lupa pulak apa namanya..tapi kat sini lain sikit caranya..dua vaksin maknanya dua jarum lah kena inject..kalau tempat kita all in one je..ada anak jiran tu kena tiga..aduss mau nyer demam budak..mama perasan kalau kat tempat kita kesan inject merah sekejap je..sini bengkak..kesian adik..memang dia bagi krim untuk sapu tempat inject tu selain daripada ubat demam..lagi satu kat sini baby memang dibekalkan dengan vitamin A+D sampai umur setahun untuk dapatkan gigi yang elok katanya..tiap-tiap hari..untuk umur adik 4 titik je..

Kepenatan..sakit ek kena inject..

7.5 kg..mok mok adik
Adik dah boleh meniarap..bila terlentang adik bergerak macam ulat..bila meniarap adik try angkat bontot dan dah berpusing tapi belum bergerak..bila letak bagi duduk siap angkat badan..macam dah kuat sangat je..hihi..air liur selalu meleleh..apa yer mama mengidam tapi tak dapat ek..

Tuesday, 8 May 2012

Madinah Trip

Mama nak lunaskan janji untuk post aktiviti kita hujung minggu lepas..agak terlewat sebab gambar ada di beberapa sumber..tapi untuk mengelakkan lebih lewat mama upload apa yang ada sahaja lah..bila dah lama sangat nanti takut mama pun dah lupa nak cerita apa..Trip ke Madinah kali ni dengan tujuan untuk menghadiri kenduri kahwin rakan sepejabat papa..kita terpaksa bermalam di Madinah sebab kenduri bermula selepas isyak hingga lewat malam...

Perjalanan kita ke Madinah menggunakan kereta Tokki dan turut disertai oleh Uncle Haris..Tokki memandu sepanjang perjalanan ke Madinah..Uncle Haris belum ada lesen memandu Saudi dan papa pula kepenatan sebab hari rabu kena stayback hingga larut malam..Kakak tidur nyenyak di pangkuan papa setelah penat hijack kacang masin Tokki..hehe..adik sekejap je tidurnya..mama tak boleh la nak tidur...

Permandangan macam biasa..kebun kurma yang bukan tahap ladang..rumah-rumah tinggal banyak juga dapat dilihat sepanjang perjalanan..cuaca panas antara 38 hingga 41 darjah celcius..memang menguji ketahanan pemandu sebab panas terik..dua kali juga lah Tokki terpaksa berhenti rehat..papa nak drive dah susah sebab kakak tidur dan kalau papa drive mama pun kena move ke depan..leceh lah kan..so Tokki teruskan juga la...

Papa, Tokki dan uncle Haris buat pemerhatian masa berhenti rehat..nak tau macam mana air tangki (gambar R&R_khemah hijau) kat padang pasir ni jadi sejuk..rupanya guna konsep labu sayung..daripada tangki air akan singgah di labu tu dulu (tepi atau bawah tangki) then baru keluar dari paip..kalau tak melecur kot tangan orang yang ambik wuduk..

Perjalanan ke Madinah

Sampai Madinah dalam pukul 3.30 petang..bilik belum ready..lepas asar dalam pukul 4.20 petang baru dapat bilik..biasalah overbook..cuma dia upgrade bagi suite..ada 4 single bed..sofa..tv dan fridge masing-masing ada dua...banyak nyerr la hai..Kita rehat sekejap then baru turun cari lunch..lewatnya lunch..tapi mama dan papa dah standby siap breakfast dan brunch kat rumah..so tak la lapar sangat..

Bilik hotel yang selesa cuma hotel tempat kita lebih bersih

Lepas maghrib semua rehat di bilik jela sebelum siap-siap ke kenduri..mama memang plan untuk stay di hotel sebabnya macam biasalah kenduri di sini asing lelaki dan perempuan..pengantin lelaki dan perempuan pun tak berjumpa masa kenduri..nikah katanya sebulan lepas tapi selagi belum selesai majlis kenduri mereka tinggal berasingan..Kenduri akan bermula lebih kurang 10.30 malam hingga ke tengah malam..untuk pengantin perempuan boleh berlarutan hingga pukul 4 pagi..hp berkamera dilarang untuk dibawa masuk..mama dengar masa ni mereka melaram habis..rugi mama tak dapat nak tengok..


Kakak dan adik yang busyuk..

Memandangkan masih awal..papa yang masih kepeningan dan keletihan ambik nap sekejap kononnya..Tokki pun ambik nap juga..sudahnya dua-dua terbabas termasuklah uncle Haris..jangan salah faham pulak..Tokki dengan uncle Haris nap kat bilik diorang la..hihi Tokki tersedar pukul 2 pagi kenduri pun dah selesai kot..so bukan mama je terlepas peluang nak meraikan pengantin arab tapi papa pun tak dapatlah nak tengok pertunjukan pedang dan terlepas peluang nak menyertai joget lambak arab..hmm maybe next time la kan kalau ada peluang lagi..

Pagi Jumaat kita jalan-jalan ke kedai sekitar Masjid Nabawi..selesai solat jumaat dan lunch, lebih kurang pukul 3 petang kita check out dan balik ke Yanbu..kali ni papa drive..so kita semua duduk depan lah..kakak takut nak duduk belakang dengan Tokki dan uncle..so duduk dan tidur kat kaki mama jela..ruang sempat kakak tak dapat nak melasak..sekejap je masuk kereta kakak dah tidur..lagi kakak dah penat sangat jalan-jalan tadi..
Papa drive..kakak & adik lentok habis..
Sebelum ditamatkan cerita ni mama sajelah nak tunjukkan gambar check point (gambar kat atas)..setiap sempadan ada check point..siang jarang juga polis tu tahan kereta yang lalu..panas agaknya..lagipun bukan musim haji so tak strict sangat..undang-undang sini semua kesalahan yang dibuat akan terus dipenjarakan dulu sebelum dibicarakan..nasib lah kalau perbicaraan tangguh lama lah kena meringkuk dalam penjara..walaupun kesalahan tu kecik sahaja..itu lah cerita trip kita kali ni daripada trip kenduri dah jadi trip jalan-jalan ke Madinah je...:)

Pizza & Sausage Bun

Kakak..adik say hi to maksu....

Hai maksu..dah habis ke test hari ni..esok lusa ada lagi..Good Luck yer..

Jom kita bagi maksu.jeles..saje nak tayang pizza mama yang cun..hihi stakat ni pondok pizza masih boleh beroperasi dengan tenang..tapi mama akan bersaing rapat..ceewah...kali ni percubaan mama buat doh sendiri..sebelum ni pernah try tapi ambik jalan short cut hasilnya mengecewakan..pengajarannya tiada jalan mudah ok..kalau nak buat sesuatu kena ada kesungguhan..ingat tu..k la representing 'cabin pizza' and 'flowery sausage bun'..beria mama..hehe

Yummy..maksu nak?
Gambo pizza yang papa ambik

Agak-agak lepas 5 tahun mama boleh buka bakery tak?papa boleh jadi freelance photographer kot..hihi..

Monday, 7 May 2012

Rumah ku Syurga ku..

Assalam anak-anak mama..

Mama nak tunjukkan rumah kita di Putrajaya dan di Yanbu..dulu mama dan papa pernah menetap di Kota Kinabalu (KK) dan Labuan tapi mama tak simpan gambar rumah tu..lagi pun kakak dengan adik belum lahir lagi..cukuplah kakak dan adik tau yang dulu mama dan papa pernah menetap di KK, Labuan dan papa pernah juga menetap di Miri..sebelum ke Putrajaya kita tinggal di Equine Park, Seri Kembangan..masa tu kakak jela ada..memang kita ni kerja nya berpindah randah jela..letih betul rasanya bila sebut pasal pindah..

Maksu tak ikut masa mama menetap di KK.. maksu pergi ke KK bercuti je sebab masa tu Maksu belajar kat Politeknik Shah Alam..masa mama di Labuan maksu buat praktikal kat tempat kerja lama papa tu..so enam bulan la maksu kat sana...bila kita balik ke Seri Kembangan kebetulan maksu tengah cuti sebelum dapat tawaran universiti..so maksu tinggal dengan kita..maksu fulltime jaga kakak masa mama pergi kerja..dari umur kakak dua bulan sampaila umur setahun..maksu dapat tawaran universiti dan kita pun pindah ke putrajaya..maksu tinggal di kolej tapi bila cuti maksu balik tolong jaga kakak..
Semi-D ke Cabin House

Bila mama fikir-fikir balik semua jenis rumah mama dan papa dah rasa..Banglo je belum lagi..InsyaAllah itu rumah impian mama dan papa untuk kita..rumah sewa mama di KK dulu apartment dua bilik..sampai di Labuan apartment tiga bilik..di Miri papa sewa rumah teres setingkat..balik ke Seri Kembangan kita sewa rumah teres dua tingkat..Putrajaya pula kita tinggal di kuarters Semi-D dua tingkat..step by step kita upgrade..cuma bila sampai ke Yanbu ni kita tinggal di Cabin house..dari pandangan mata kasar nampak macam downgrade habis..jauh beza kan..tapi disebalik tu banyak yang positif..sebenarnya terpulang pada kita nak nilai dari sudut mana..

Di Putrajaya..mama bekerja, kadang-kadang terpaksa bekerja hingga lewat petang..kadang-kadang terpaksa bekerja di hujung minggu..kakak dihantar ke nursery...papa pula terpaksa ulang alik jauh ke pejabat..keluar awal pagi, balik lewat petang..mengharung jem setiap pagi dan petang..kakak skali sekala je dapat ke taman permainan..mama dan papa jarang sekali dapat beriadah..Sekarang kita tinggal di rumah kabin..mama tidak bekerja, surirumah sepenuh masa..kakak dan adik mama yang jaga di rumah..papa tak perlu mengharung jem..waktu kerja lebih singkat..overtime berbayar..setiap petang kita ke taman permainan kecuali kita keluar atau bercuti ke mana-mana..mama dan papa masih sempat swimming dan papa masih berpeluang ke kelas bahasa arab dan menyertai usrah..ringkasnya kita mempunyai banyak masa untuk menjalankan aktiviti bersama-sama..

Walaupun dulu secara luarannya orang mungkin nampak kita lebih 'bahagia' jika dilihat dari segi kebendaan (rumah) tapi sebenarnya sekarang kita lebih bahagia dalam erti kata yang sebenar..memang rumah kita sekarang tak setanding dengan rumah di Putrajaya tapi kita selesa dan yang lebih penting kita sekeluarga sangat-sangat bahagia..kalau tinggal di rumah kabin seperti ini di Malaysia mungkin akan rasa terlalu janggal..tapi di sini bentuk rumah di luar sana pun 4segi juga..tiada atap sama macam rumah kabin ini..bezanya cuma dindingnya batu dan di sini dinding besi..itu saja..takde yang menarik sangat pun..cat pun putih je kebanyakannya..

Menyewa di luar sana mungkin dapat jimat elaun rumah yang diterima..tapi banyak urusan dan agak leceh..perabot perlu dibeli..utiliti perlu bayar..sewa dibayar secara tahunan..ada yang terpaksa berkongsi rumah..sebab 1 rumah biasanya disewa oleh 3 hingga 4 keluarga..Memandangkan tinggal di sini hanya sementara..apa salahnya guna kemudahan yang disediakan..tapi tak pasti lah mama kalau papa akan menyewa di luar suatu ketika nanti..mana-mana pun mama ok je selagi keperluan asas mencukupi dan sempurna..

Sebenarnya berhijrah kali ni bagus untuk muhasabah diri juga..nak tinggalkan rumah kuarters pun mama berat hati..nak tinggalkan perabot untuk sementara waktu pun mama berat hati..rasa macam nak bawak semua benda..bila sampai saat kita dijemput olehNya nanti boleh ke pilih nak bawak apa-apa..semua kita tinggalkan..semuanya pun pinjaman semata-mata..

Mama abadikan gambar rumah kita sekarang dan rumah Putrajaya untuk kenang-kenangan kakak dan adik nanti..
View depan rumah dan tingkat bawah
Master bedroom dan bilik tingkat atas

Cabin house..tak termasuk dua hall dan master bedroom

Dari segi kelengkapan dalaman dan ruang takde kurangnya cabin house ini..perabotnya lengkap cuma rupa paras luaran nya agak menyedihkan..hehe ok lah kesian adik minta perhatian dari tadi..bye

Wednesday, 2 May 2012

Yellow light!!!

Yellow kot..kalau red light belum ada alasan kukuh..green bahaya untuk keadaan sekarang ni..apa mama merepek ni...bukan apa baru-baru ni mama mual-mual siap muntah lagi..adik pulak lately asyik la buat cubaan nak makan jari kaki dia..orang kata kononnya nak minta adik..memang suspen mama..adik belum pun 6 bulan..kalau betul hujung tahun ni adik akan jadi abang..berpeluh mama dengan papa..hihi 

Mama dah install firewall..bila fikir takkan lah firewall Msia tak mampu nak halang benih arab..mama full breastfeed, direct feeding lagi..tak kan lah kan..mama percaya semua ketentuan Allah..dan mama tawakal jela setelah berusaha kan..Redha..happy..tapi cuak nak jaga 3 anak..lepas tu dah la baru sebulan sampai sini..malu..balik Msia tahun depan bawak 3 anak..huhu

Alhamdulillah mama disahkan belum hamil dengan kehadiran cik P..:) kenapa mama mual? mama mual sebab tak sihat..baru buat kuih satu untuk jamuan dah demam..kalau kena berniaga macam mak mama dulu tak tau lah kan..mungkin pengsan tak bangun seminggu kot..hihi apa-apa pun agak lega walaupun mama macam happy je kalau betul-betul ada..Allah tau kemampuan mama..baru dua pun dah kalut kan..kalau tiga kusut masai mama agaknya..hehe

Sabaq adik..belum masanya..

Cantik tak gambar adik..hari ni heboh menggodek sana sini nak edit gambar..adoi lah..kegilaan baru pulak..dah lah ye..asyik lah nak menulis..jom p buat kuih dulu..papa bagitau tadi nak p rumah jiran malam ni..tak kan nak p lenggang je kan..kena lah bawak buah tangan sikit..segan juga kalau bertandang tangan kosong..bukan wajib yer anak-anak..adab je..orang Melayu penuh dengan adab sopan..kat arab mana ada salam cium tangan..lalu depan orang tua tunduk..mana yang baik tu ikut..yang tak baik kalau ikut juga memang nak kena cubit namanya..:)

mamayang happysebabterselamat

Tuesday, 1 May 2012

Alhamdulillah..akhirnya..

Umpama tunggu buah yang tak gugur..nasiblah gugur jua akhirnya..barang yang dihantar melalui ejen dijangkakan sampai cepat..tapi banyak betul halangannya..halangan pertama adalah di transit pertama ada tunjuk perasaan..delay few weeks..halangan kedua sampai di saudi tendang balik..apa pasal pulak..ini memang bikin panas lah kan..bila papa check rupanya pasal ada makanan..sabar jela..masa hantar memang dah inform barang-barang yang ada dalam kotak tu..patut dah tau lah nak declare ke apa ke..diorang patut buatlah apa yang patut..macam tak pernah hantar barang pulak diorang ni..katanya door to door kan..sudahnya kena buat sendiri..papa terpaksa emel dan call sana sini..barulah dapat sms suruh collect barang..pheww menguji kesabaran betul..

Bukan banyak sangat pun kotaknya..5 je pun..tapi kosnya boleh tahan..tengoklah kotaknya dah lunyai dibawa ke sana sini..bila dibelek-belek ada halangan ketiga..apsal kotak yang satu ni lain macam..aduss konfem yang satu tu bukan kotak kita..kena hantar balik satu hal..mana pulak kotak kita yang lagi satu..kena la report balik..leceh pulak jadinya..yang tak de tu kotak barang dapur mama..uhuk uhuk.. 

Penantian yang menyeksakan..baru 5 kotak
Kotak pertama yang terselamat adalah kotak stok makanan kita..segala jenis rempah ada..mama dah siap-siap letak dalam tupperware so dijamin tak pecah plastiknya disamping dapatlah guna tupperware tu semua..nak beli lagi mahal tu..cuma terpikir juga nasib tupperware mama dalam kotak satu lagi..harap dapatlah semula..insyaAllah kalau masih ada rezeki akan dapat balik walaupun lambat kan..

Rempah ratus, susu kakak sikit..acuan donat pun ada..
Seterusnya kotak barang mainan kakak dan adik..Alhamdulillah semua ada..cuma mama suspek stool kakak yang beli kat IKEA tu takde..mama bawak juga rasanya..sebenarnya barang yang dihantar ni 3 daripada 5 kotak adalah mainan je..traktor kakak dah bagi sedara..yang lain tu bawak..yang tinggal lagi tu hanya yang dah rosak dan tak ekonomi untuk bawak..mungkin ada yang kata beli je baru..tapi mama ni sangat sentimental kalau pasal barang..mama dapat rasa kalau beli baru pun tak sama nilainya..sebab ada diantaranya hadiah daripada saudara,kawan mama dan kawan papa..mama sendiri nak bawak barang mama yang sedia ada..so mama dapat rasakan kakak pun nak bawak barang kegemaran dia..

Banyak buku kakak, termasuk yang beli kat sini..mostly bawak dari M'sia

Toys dah penuh kotak..belum termasuk yang sedang disepahkan..hihi

Ini pun favourite kakak..sayang nak tinggal..
Adik belum banyak sangat toys..tapi toys yang ada bukan mama beli semua hadiah so kena lah bawak..sayang tak kan nak simpan..semua mahal dan masih baru..kalau nak tunggu balik M'sia entah bila dan mungkin dah tak sesuai dengan umur kakak dan adik dah toys tu..selain toys dalam kotak tu ada juga diapers bag..tu pun hadiah juga..masa adik lahir banyak dapat hadiah baju..itu memang mama dah bawak awal-awal lah..duit? banyak duit adik mama dah buka akaun tabung haji macam kakak..adik, duit kakak lagi banyak..sebab kakak lahir dulu... 

Akhirnya sampai juga toy adik yang pertama..auntie bai yang bagi ni

Ni adik punya juga..uncle anjang bagi..kakak tu nyanyi penuh perasaan..
ala-ala Yuna la konon..nyanyi sambil main piano..hihi
Babycot adik mama tak bawak lah..berat sangat..tapi mama bawak traveller babycot..ni pun maklang bagi juga..maklang memang banyak barang baby yang menarik..traveller babycot ni maklang bagi kat kakak dulu bersekali dengan babycot yang kayu tu..sekarang jadi kepunyaan adik lah..

Adik share dengan kakak ek...

Luas juga..bolehla kakak join sekaki..
Itulah hasil dari kotak yang dibawa..Apa-apa pun nasib satu lagi kotak belum diketahui..harap dapat semula kotak tu walaupun lambat..dan harap tuan punya kotak yang tersalah kita dapat tu pun akan dapat balik kotak dia..rasanya macam susu soya..kalau tak silap nak ke Belgium..jauhnya lah hanyut..

Ok cukup dulu untuk kali ni..bye