Mama nak lunaskan janji untuk post aktiviti kita hujung minggu lepas..agak terlewat sebab gambar ada di beberapa sumber..tapi untuk mengelakkan lebih lewat mama upload apa yang ada sahaja lah..bila dah lama sangat nanti takut mama pun dah lupa nak cerita apa..Trip ke Madinah kali ni dengan tujuan untuk menghadiri kenduri kahwin rakan sepejabat papa..kita terpaksa bermalam di Madinah sebab kenduri bermula selepas isyak hingga lewat malam...
Perjalanan kita ke Madinah menggunakan kereta Tokki dan turut disertai oleh Uncle Haris..Tokki memandu sepanjang perjalanan ke Madinah..Uncle Haris belum ada lesen memandu Saudi dan papa pula kepenatan sebab hari rabu kena stayback hingga larut malam..Kakak tidur nyenyak di pangkuan papa setelah penat hijack kacang masin Tokki..hehe..adik sekejap je tidurnya..mama tak boleh la nak tidur...
Permandangan macam biasa..kebun kurma yang bukan tahap ladang..rumah-rumah tinggal banyak juga dapat dilihat sepanjang perjalanan..cuaca panas antara 38 hingga 41 darjah celcius..memang menguji ketahanan pemandu sebab panas terik..dua kali juga lah Tokki terpaksa berhenti rehat..papa nak drive dah susah sebab kakak tidur dan kalau papa drive mama pun kena move ke depan..leceh lah kan..so Tokki teruskan juga la...
Papa, Tokki dan uncle Haris buat pemerhatian masa berhenti rehat..nak tau macam mana air tangki (gambar R&R_khemah hijau) kat padang pasir ni jadi sejuk..rupanya guna konsep labu sayung..daripada tangki air akan singgah di labu tu dulu (tepi atau bawah tangki) then baru keluar dari paip..kalau tak melecur kot tangan orang yang ambik wuduk..
![]() |
| Perjalanan ke Madinah |
Sampai Madinah dalam pukul 3.30 petang..bilik belum ready..lepas asar dalam pukul 4.20 petang baru dapat bilik..biasalah overbook..cuma dia upgrade bagi suite..ada 4 single bed..sofa..tv dan fridge masing-masing ada dua...banyak nyerr la hai..Kita rehat sekejap then baru turun cari lunch..lewatnya lunch..tapi mama dan papa dah standby siap breakfast dan brunch kat rumah..so tak la lapar sangat..
![]() |
| Bilik hotel yang selesa cuma hotel tempat kita lebih bersih |
Lepas maghrib semua rehat di bilik jela sebelum siap-siap ke kenduri..mama memang plan untuk stay di hotel sebabnya macam biasalah kenduri di sini asing lelaki dan perempuan..pengantin lelaki dan perempuan pun tak berjumpa masa kenduri..nikah katanya sebulan lepas tapi selagi belum selesai majlis kenduri mereka tinggal berasingan..Kenduri akan bermula lebih kurang 10.30 malam hingga ke tengah malam..untuk pengantin perempuan boleh berlarutan hingga pukul 4 pagi..hp berkamera dilarang untuk dibawa masuk..mama dengar masa ni mereka melaram habis..rugi mama tak dapat nak tengok..
Memandangkan masih awal..papa yang masih kepeningan dan keletihan ambik nap sekejap kononnya..Tokki pun ambik nap juga..sudahnya dua-dua terbabas termasuklah uncle Haris..jangan salah faham pulak..Tokki dengan uncle Haris nap kat bilik diorang la..hihi Tokki tersedar pukul 2 pagi kenduri pun dah selesai kot..so bukan mama je terlepas peluang nak meraikan pengantin arab tapi papa pun tak dapatlah nak tengok pertunjukan pedang dan terlepas peluang nak menyertai joget lambak arab..hmm maybe next time la kan kalau ada peluang lagi..
Pagi Jumaat kita jalan-jalan ke kedai sekitar Masjid Nabawi..selesai solat jumaat dan lunch, lebih kurang pukul 3 petang kita check out dan balik ke Yanbu..kali ni papa drive..so kita semua duduk depan lah..kakak takut nak duduk belakang dengan Tokki dan uncle..so duduk dan tidur kat kaki mama jela..ruang sempat kakak tak dapat nak melasak..sekejap je masuk kereta kakak dah tidur..lagi kakak dah penat sangat jalan-jalan tadi..
![]() |
| Kakak dan adik yang busyuk.. |

| Papa drive..kakak & adik lentok habis.. |

muke adk sme la cm kakak kcik2..hihi gmba dorg berdua tu...hihi tomey2..mok2..hihi
ReplyDeleteA a nmpk sama..tp sorg ikut muka papa..sorg ikut mama konfius den..
ReplyDeleteSusah nak dpt gambo yg dua2 tgk kamera..