Thursday, 14 June 2012

First Trip in KSA, Taif

Assalamualaikum..
Mama bagi salam sebab lama tak menjengah blog ni..almaklumlah busy dengan rutin semasa..hehe Sebenarnya mama agak tak de mood nak berblog..penyakit homesick sudah menyerang..hihi bukan rindu apa sangat pun rindu segala jenis makanan Malaysia yang sangat pelbagai itu..tekak melayu faham aje lah mana nak sama dengan tekak arab kan..tapi takpe mama tengok-tengok resepi kat internet mama buat je sendiri..bila bereksperimen dengan resepi baru mama taklah berblog..tak sempat..kita stop cerita pasal makan dan makanan ni kita cerita pasal aktiviti kita kat KSA ni..

Destinasi mana yang kita tuju untuk 1st trip kita ni?Kita ke Taif..macam dakwah pertama rasulullah..Alhamdulillah dengan izinNya kita berjaya pergi dan balik dengan selamat.. syukur..Untuk trip kali ni kita transit di Jeddah sebab nak hantar kawan papa ke airport..kawan papa melancong ke Turki, harap-harap kita pun berkesempatan ke sana nanti sementara kita di sini..
Kita bertolak dari Yanbu ke Jeddah petang Rabu..perjalanan lancar, cuma di Jeddah trafik sesak sebab jalan utama dalam proses penambahbaikan..Walaupun sampai agak awal di Jeddah tapi kita ambil masa yang lama untuk tiba di hotel dan juga tempat makan..lama dalam jem jela..bukannya tak de tempat makan berdekatan hotel tapi demi menyegarkan tekak, kita nak juga menapak ke Asia Restaurant..baru lega sikit tekak bila dah pekena tomyam kan...harga tu kena tutup mata sikitlah..bukan hari-hari dan bukan juga setiap bulan..bayar sahaja lah apa yang diorder..so nak order  kena ikut selera poket jangan ikut selera tekak sangat..:-D

Keesokannya, awal pagi papa hantar kawan papa ke airport..then kita sambung rehat di hotel sebelum bertolak ke Taif..Jeddah kita belum explore, next time la kita ajak papa round Jeddah yer..permandangan sepanjang perjalanan ke Taif sangat cantik..kita lalu kawasan tanah tinggi macam nak ke genting tu..banyak view tak dapat nak snap..papa kena fokus driving..mama kena fokus adik dan kakak..so enjoy apa yang ada jela  yer..
  
Stop untuk sejukkan enjin dan rest sekejap sebelum terus ke Taif
<><><> <><><><>
View dari tempat stop juga..kiranya kita stop di puncak la nampak lembah

Sambil - sambil tengok view sekeliling dapatlah driver terhormat kita iaitu papa rest dan luruskan kaki sekejap..mama tak dapat nak tolong drive..sepanjang perjalanan papa jeles dengan kita yang macam duduk dalam rumah bergerak..hihi..kerusi tengah dilipat..letak tilam nipis kasi empuk sikit..tinggal kerusi belakang je as divider untuk letak beg baju..kat tengah bakul makanan dan diaper bag..
 

Nyenyak kakak tidur kat belakang tu..
Papa join kita di seat belakang

Dah rest..enjin kereta dah sejuk sikit kita teruskan perjalanan..sebelum ke hotel kita pusing bandar Taif untuk dapat gambaran awal dan tapaw lunch..berpusing-pusing sikit nak cari hotel tapi kita jumpa juga lepas papa call hotel..Alhamdulillah sampai kita ke Taif..Hotel sangat selesa..Apartment hotel macam yang kita duduk di Jeddah..tapi masa di Jeddah da penat sangat gambar hotel pun tak ambik..yang bezanya di Jeddah 1 bilik tapi di Taif ada dua bilik..dapur pun ok dua-dua hotel. Hotel di Jeddah kita dapat SR195 satu malam dan di Taif SR150..mama rasa ni rate off peak..time cuti sekolah arab harga jadi double..

Aircond tu macam mata kan..hihi

Bilik utama
Bilik ke dua
Ruang TV

Lepas lunch dan solat kita proceed untuk explore Taif. Kepenatan tapi masa sangat terhad so kena teruskan juga kalau tak rugi lah kan..eksplorasi kita sukar sikit sebab GPS tak dapat nak bantu..banyak jalan tutup dan pembaikan jalan disana sini..terpaksa redah jela..signage pun kurang bagi tempat yang kita nak tuju..namun tetap bersyukur ditemukan juga sebahagian tempat tersebut..

Tempat yang paling papa nak pergi sangat Masjid Addas..tempat nabi berlindung selepas dibaling batu..mama ada baca kat blog satu ustaz ni dia kata tempat ni dipagar untuk elak perbuatan yang tak sepatutnya..tepi masjid ni bukit batu..depan jalan la..oh ye seorang je dapat diislamkan untuk dakwah pertama nabi ni..hamba yang ditugaskan rawat nabi..
Papa depan Masjid
Kakak dalam kawasan yang dipagar..susah nak snap kakak sekarang..

Bukti adik pun sampai Taif


Masa kita kat tempat ni kita jumpa uncle army dari India rasanya..dia pernah ke Malaysia..so papa tanya pasal binaan usang di bawah ni apa kan..papa semak-semak dapat info pasal masjid je..menurut uncle tu yang kat bawah ni rumah perempuan tua yang letak duri di laluan nabi untuk melukakan kaki nabi..lepas dah kena baling..kena duri pulak..besar ujiannya..mama lupa ambik gambar pokok duri tu rasanya..

Kakak depan rumah yang diperkatakan itu
Dalam rumah tersebut

Bagi gambar bawah ni pulak..tengok batu yang kat pagar bawah dan yang atas tu yer..menurut uncle tu..masa nabi tengah berlindung orang taif ketika tu ada cubaan untuk bunuh nabi..ditolak dua batu besar yang di bawah tu..Dengan izin Allah dua batu kecik diperintahkan untuk stop batu tersebut..tapi mereka masih tak puas hati cuba pula tolak batu yang di atas..juga dihalang oleh batu kecik..bila kali kedua tak berjaya baru mereka ada rasa takut..dalam gambar mungkin tak nampak sangatlah..mama pun tak semak semula kesahihan cerita uncle tu tapi buktinya memang ada lah di tempat kejadian..

Mama harap boleh nampaklah batu yang mama maksudkan tu yer..


Lepas ke Masjid Addas kita balik ke hotel..hari pun dah mula gelap..papa decide kita balik rest awal so next day kita boleh bergerak awal ke destinasi seterusnya..Seawal pukul 6 pagi kita dah bergerak ke highest point di Taif..Ash Shafa..ala-ala Cameron lah..dalam perjalanan banyak Theme Park mungkin sebab sejuk sikit kot kawasan sini..cuma di sini tak dijaga dengan baik..persekitaran agak kotor..kota-kota lama banyak tapi memang tak di preserve..terbiar je..


Kota Lama di Ash Shafa

Hajatnya nak bersantai dan nikmati suasana pagi..tapi adik tak selesa..dia nak menyusu..lagipun sejuk dan angin kuat sikit..so kita snap gambar sikit dan turun lah..nak beli breakfast pun kedai belum mula operasi..kedai pun tak banyak..ada lah gerai buah juga satu dua..gerai makan..bolehlah nak try camel ride..kos tak pasti sebab takde niat nak ride..

Lepak di celah batu..nak halang angin kononnya..
MasyaAllah..cantikkan?

Dah bergambar, papa pack dan kita bergerak turun..next kita nak cari ancient dam..tapi kita jumpa dam..kondisi kereta agak membimbangkan so kita stop pencarian..kita proceed ke destinasi seterusnya Masjid Abdullah bin Abbas..Abdullah bin Abbas ni mengikut blog yang mama baca tu sahabat yang diutus untuk sebarkan Islam di Taif..beliau berjaya dan decide untuk stay di Taif dan akhirnya meninggal di Taif..masjid ni kat pekan Taif..

Masjid Abdullah bin Abbas
Suasana dalam Masjid..papa je masuk..

Sebab kakak dan adik tidur..kepenatan sebab bangun awal pagi

Tak jauh dari hotel ada ancient market dan tempat camel race..tak pasti macam mana tempat tu..memang nak pergi tapi mungkin lain kali je la memandangkan jauh lagi perjalanan dan esoknya papa kerja..gambar terakhir di Taif..teko yang bebanyak tu..mama try nak ambik masa datang tak dapat..papa tolong ambik sampai kena hon sebab traffic light da hijau..hihi tq papa

Teko teh arab kot..hihi

Perjalanan dari Taif ke Mekah lancar..kita guna jalan yang disarankan oleh staf hotel..keadaan jalan memang ok tapi keadaan kereta agak membimbangkan..Papa singgah solat jumaat dalam kawasan haram dan berdoa agar perjalanan kita ke Yanbu selamat..Alhamdulillah kita sampai ke Yanbu dalam keadaan selamat..ribut pasir sepanjang jalan..papa drive slow..ada hikmahnya..tayar kereta kita rupanya dah tak selamat..mungkin langgar something masa dalam perjalanan ke Taif..kalau laju memang boleh mengundang bahaya..syukur Alhamdulillah kita sampai ke Yanbu dengan selamat..

Boleh dikatakan tiap-tiap minggu kita akan keluar dari Yanbu kecuali minggu papa kena standby @ on call..macam hospital kan..papa doktor juga..doktor mesin..So minggu papa standby kita stay kat rumah jela...Apa aktiviti kita di rumah..duduk rumah pun boleh beraktiviti?aktiviti kita hari tu gotong royong..mama cuci dapur..papa cuci toilet..tapi ada juga bab menyental mama minta tolong papa..dapur mama putih melepak dan yang papa sental tu berkilat macam baru..rasa besstt bila dapur bersih..papa cakap mesti mama semangat nak masak..oh no..mama sangat sayang nak guna dapur..masak bubur terpercik terus lap..masak sambal terus rasa nak nangis..hihi tapi tak kan tak masak pulak kan..

Ok till next activity..harap mama mampu terus menulis..Aamiin

No comments:

Post a Comment