Ya ampun anak-anak..ini bukan lagi entry basi tapi entry berkulat dah sebab lama betul bertapok kat draft..mama plan nak buat satu entry panjang..tapi mama rasa mama patut asingkan la bagi mengelakkan ketapokan yang lebih lama..biarpun lama selagi tarikh kejadiannya tahun 2012 dan mama nak masukkan dalam ni..mama akan masukkan juga..kakak dan adik jangan ikut bahasa mama kat blog ni tau..nanti cikgu BM marah..
Kali ni kita cerita pasal makan-makan ek..nenek beruntung bagitau mama nanti bila papa balik dan sebelum fly ke KSA kita buat makan-makan anak beranak ek dengan nek njang dan nek su..so bila sampai hari yang dimaksudkan nenek, nek njang, nek su dan acik sorang tu sibuk-sibuk la kat dapur..mama sekali sekala je menyibuk dengan alasan adik kecik lagi..haha ye la nak masak untuk tiga empat family je makan kan..dah ramai tolong..mama tolong kemas kat depan dengan tempat nak hidang lauk jela dengan maksu dan paklang..
Bila dah siap hidang mama tanya atok beruntung makan pukul berapa..atok cakap sampai petang la..adoi rasa pening lalat sikit bila tau nenek panggil ramai untuk 'makan-makan'..rupanya nenek buat kenduri untuk kita ke KSA..mama agak segan sebab mama ikut papa je bukannya mama yang pergi kerja di KSA..mama anggap nenek raikan papa lah sebagai menantu untuk ke KSA..sebelum papa berangkat dulu nenek Keramat dah buat juga kenduri kesyukuran..untung papa dua kali diraikan..untung mama juga sebab dapat makan..hehe
Mama tabik spring nenek beruntung ni sebab nampak rileks je masak untuk ramai orang..macam tak ada apa-apa je..ye la dia dah biasa masak untuk bazaar 30 - 40 lauk dan kenduri kahwin untuk 1000 lebih orang so setakat 100 -200 orang makan ni memang kacang putih jela..mama nak masak untuk 20 orang pun menggigil..mungkin lepas tinggal di KSA ni mama makin cool kot..mode perasan sikit sebab kat sini hari-hari masak walaupun simple menu..
Kita tengok gambar jela..imbas kenangan makan-makan di Malaysia..syurganya rasa..sekarang ni pulak kat FB ramai yang post gambar Musang King la..Kucing tidur la..adoii kalau pregnant konfem adik Darwisy lagi ngences dari Darwisy..huhu
![]() |
| Sebahagian tetamu dan jiran yang hadir..papa dan kakak di tepi grill layan tetamu walaupun panas..nenek pun tak sempat nak duduk..hihi |
![]() |
| Tetamu cilik aka pak dan mak menakan kakak dan adik..adik pun layan tetamu kecik..atok sengih walaupun penat |
![]() |
| Nek su, tok su, pak long, nek njang dan maksu qalesya serta juadah..kakak sempat lagi merempit dengan paksu asri..hehe |
Mama nak ucap terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk majlis ni..terutama kepada nenek, atok, nek njang, nek su dan jiran-jiran..hargai sangat-sangat..tu yang post juga walaupun lambat..sedap lauk-pauk nyer..siap ada yang sponsor udang dengan ikan keli lagi..ayam dan daging memang dah ada..kecur pulak bila ingat-ingat balik..slurrppp..hihi



No comments:
Post a Comment