Cepatnya masa berlalu, dah tiga tahun mama memegang status ibu..18 Mei 2009 kakak dilahirkan mengakhiri teka teki dan pertanyaan taulan dan saudara terhadap mama tentang anak..Alhamdulillah rezeki dari Allah mama berjaya juga melahirkan seorang bayi..mungkin pada pandangan sesetengah orang mempunyai zuriat membuktikan kejantanan papa dan menyempurnakan keperempuanan mama..pada mama sendiri mama perlukan pewaris keturunan..Walaupun mama mempunyai kakak, abang dan adik tetapi mama juga adalah anak tunggal kepada mak dan ayah mama..
Detik kelahiran kakak sememangnya ditunggu-tunggu kerana ini pengalaman pertama untuk mama dan papa..papa bekerja di Labuan pada ketika itu..tercari-cari tarikh yang sesuai untuk pulang bersama-sama berkongsi rasa keterujaan menyambut kelahiran anak sulung..namun Allah telah menentukan bahawa mama mengharungi detik itu sendiri..Pukul 4 pagi mama terbangun setelah berborak panjang dengan papa pada malam tu..mama terasa basah..mungkin terkencing kot..terus ke tandas dan kemudian sambung tidur semula..Pukul 6 pagi mama bangun untuk solat Subuh masih basah..mama call papa, papa pun tak pasti mungkinkah itu tandanya..Masih awal seminggu sebelum due..Mama call nenek yang dah ke surau bersama atok..tak sempat mama selesai solat atok dan nenek dah balik..bila diajak ke hospital terasa blank sebab tak sakit dan semalamnya mama masih lagi sempat window shopping sorang-sorang di JJ..huhu
Sampai dihospital dah ada bukaan..nurse masukkan ubat untuk kuatkan contraction sebab air ketuban dah pecah..kalau lambat bersalin bimbang baby lemas..semua jenis ubat tahan sakit nurse tanya mama nak atau tak termasuklah epidural..mama tak nak sebab mama memang belum sakit sangat dan mama risau kos nya tinggi..hehe lagi pun sakit penghapus dosa..dan nak juga rasa macam mana mak mama sakit lahirkan mama dulu..tapi bila bukaan 8, mama dah tak tahan..mama minta pain killer tapi tak diberikan kerana dah nak bersalin bimbang baby akan tidur dan jadi makin susah nak bersalin..so nurse bagi mama gas untuk bertahan...sakit yang tak dapat nak diceritakan..kakak boleh rasa sendiri nanti..InsyaAllah..
Orang selalu cakap push macam nak habis nyawa..yes mungkin itulah perkataan nyer..push n lepas baby akan masuk balik..so repeat lagi..kaedahnya, push hold n push..bila hold tak ambik nafas macam mana nak push kan..susah juga la bagi mama yang pertama kali dan tak pergi antenatal class..Lepas lahir, jahit pula..aduhaii..sakit tapi bersalin lebih sakit..badan pun dah lemah..biar jelah doktor nak buat apa..
Rasa macam dah sangat bersedia untuk ada anak..tapi rupanya tak cukup bersedia juga..dengan berpantang..dengan anak menangis..dengan suami jauh..sangat memerlukan kekuatan mental..Alhamdulillah mama berjaya juga hadapinya.. Itulah pengalaman mama melahirkan kakak..walaupun mama katanya antara yang senang melahirkan anak (berdasarkan pengalaman bersalin kawan-kawan) mama rasa perit sangat macam tak sanggup nak laluinya semula..so kakak jangan melawan mama ek..mama nak kakak jadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat..aminn..
Semalam bersempena hari kelahiran kakak, papa belikan kakak kek aiskrim..papa call nenek guna skype untuk sama-sama meraikan birthday kakak walaupun berjauhan..kakak potong kek lepas nenek nyanyi lagu happy birthday..kakak suka kek tu sebab ada aiskrim coklat..pandai papa pilih..sedap..adik pun rasa sikit bagi hilang kecur..habis comot adik..hehe bila atok balik dari solat jumaat kakak nyanyi dan menari bagi atok tengok..lepas la juga rindu atok dan nenek kat kakak..
Mama dan papa tak buat majlis pun, bukan mama dan papa tak sayang kakak tapi mama dan papa rasa tak perlu..cukuplah raikan dengan family sahaja..birthday kakak masa umur setahun kawan mama belikan kek sebab kesiankan kakak..masa tu papa kat luar..so secara tak sengaja terjadi lah juga sambutan kecil-kecilan..bila papa ada kita buat juga makan-makan dengan saudara terdekat..itu memang kebiasaan family papa bila ada sambutan hari jadi..tambahan pula birthday kakak sama dengan maklang dan abang ayie..birthday kakak dua tahun pun sama la..kita buat makan-makan dengan saudara terdekat ..selain tu mama dan papa pack kan goodies untuk kawan-kawan taska kakak sebab kakak selalu dapat goodies bag juga bila kawan-kawan kakak sambut birthday..
Mama kan rajin edit gambar..sekali kakak tengok gambar dia pakai topi..tapi bila pegang kepala sendiri kenapa takde topi..hari ni kakak tuntut topi..hihi nasiblah plain paper pun jadi..tersengih-sengih kakak..tapi bila nak snap gambar kakak muncung la..haha adik pun jadi mangsa..tapi mangsa utama mama la..kena buat topi..nasib senang je..tapi takpe janji kakak happy..
Umur kakak 3 tahun, kakak pandai alphabets, numbers, shapes, animals, fruits, colours, doa makan..doa tidur..Alhamdulillah.. banyak lagi kakak perlu belajar.. Diapers free daytime sahaja..akan ditingkatkan lagi..hehe menulis dan mengaji mama dan papa perlu berusaha lebih dan bersabar lebih..patutlah atok garang dulu yer papa..phew sabo jela.. permulaan yang baik..semoga menjadi lebih baik.. dan jika menjadi yang terbaik..Alhamdulillah.. InsyaAllah mama dan papa akan terus membimbing dan mendidik kakak mengikut kemampuan kami..Kami sangat sayangkan Kakak..emmuah!!



kakak sombong ngan achu...huhu
ReplyDelete