Aduhai mata mengantuk sangat dah ni..mana taknya mama makan nasi banyak sangat hari ni..untuk elakkan tidur baik mama update blog sikit kan..adik pun tidur lagi tu..mengamuk sakan tadi..maklumlah dah enam bulan adik hari ni..tunjuk perangai la ek..kakak macam biasa lah dok melayan youtube even mata hampir nak tutup..
Petang-petang aktiviti wajib kita kat sini, pergi ke taman dalam kawasan compound ni juga la..tak jauh..bersebelahan surau..kalau mama pergi swimming papa lah jaga kakak dengan adik..turn papa swim mama pula jaga..kalau dua-dua tak swim papa akan tengokkan kakak mama layan adik sambil borak-borak..kadang-kadang ada juga yang bawak minum petang..sambil borak sambil makan lah..mama jarang-jarang sekali bawak..tengok mood dan kelapangan mama lah..
Lagi satu kalau ada nak buat majlis makan-makan, kat taman ni la tempat diskusi penetapan tarikh dan pembahagian tugas..taman ni juga lah tempat makan nya..hihi auntie-auntie kat sini sangat rajin dan suka gotong-royong..bukan setakat makan-makan je buat sama-sama..g shopping pun sama-sama naik coaster compound..mama tak join lah jalan-jalan..sukar nak kawal hero dan heroin serentak..
Kat taman ni yang syoknya ada buai yang sesuai untuk baby yang belum boleh duduk..tapi kalau tak cukup tinggi tak boleh kot..adik seronok lah dapat main buaian dengan kakak..kakak pun boring main sorang-sorang..kawan-kawan sebaya kakak belum pandai nak berkawan..yang dah besar ada kawan masing-masing..tapi kakak still enjoy sebab papa selalu layan kakak..
![]() |
| Adik suka naik buai..yang lain belum pandai.. |
Selain dari main slide, swing, see saw dan Tuk Tuk tu..kakak suka juga
Sebagaimana skill memasak mama yang naik lagi satu stage..skill mengambil gambar papa pun dah up sikit..hehe papa baru ambil gambar pakai handphone tu..kalau pakai DSLR yang tersimpan kat almari je tu mesti lagi cantik kan..hihi skill mama? oh ye kita dah dua bulan lebih sikit kat sini dan mama rasa mama semakin berani mencuba resepi-resepi baru..hari ni mama mengatasi fobia mama untuk mengukus..berjaya juga selesaikan puding karamel untuk majlis makan-makan nasi kerabu malam ni..k lah lepas ni nak g tolong auntie su potong daging bakar..sambil tu jom tengok gambar baru papa..cantik tak?






cutenya cha! suke gambar yg pakai bunga tu...
ReplyDeletewahhh....kemain ag kakak...comey2 hihi adik pon lyn je ek...hihi
ReplyDelete