Wednesday, 11 January 2012

Jaundice...

Jaundice @ Kuning memang selalu menyerang bayi yang baru lahir. Kalau kakak & adik nak tau detail jenis - jenis jaundice dan bahaya jaundice kakak & adik search sendiri la ye, cuma mama nak ingatkan jangan ambil ringan tentang jaundice. Jangan jadi macam mama & papa yer, kami tahu tentang jaundice tapi kami rasa jaundice ni hanya common problem untuk baby sahaja dan tak tahu betapa bahaya nya jaundice ni. Kakak dan adik pun kena jaundice masa baru lahir tapi cara treatmentnya sangat berbeza disebabkan kejahilan kami berkenaan jaundice.

Bila kakak nampak macam kena kuning, mama & papa tak bawak pergi klinik pun kononnya sebab kuning sikit je & kesian kakak kecik - kecik nak kena cucuk. So pagi - pagi nenek jemur kakak nak bagi turun kuning, pakai pampers & penutup mata papa je.. Semua dah mula risau sebab kuning kakak still xhilang, macam - macam petua orang bagi. Atok pula cari susu kambing, busuk macam kambing susu tu, hihi..tapi kakak minum juga...kuning nya belum juga hilang..Nenek pergi pasar beli kucai & blend bagi kakak mandi..hehe tapi kuning still ada. Sudahnya dah nak sebulan umur kakak, akhirnya pergi juga ke klinik..masa ni baru kami tahu bahaya kalau kuning terlalu tinggi..mulanya bawak ke klinik kerajaan, tapi result darah seminggu baru dapat..so pergi pulak ke Hospital Pakar Ampang Puteri tempat kakak lahir. Kemungkinan kakak kena BF jaundice sebab berlarutan lama. Nenek dengan atok siap puasa nazar bila tau kakak takde apa-apa, sebab kuning ni boleh bagi kesan pada otak..sape yang tak risau kan.......

Nenek mandikan kakak dengan air kucai

Adik pula terima nasib berbeza, Hospital Pakar Annur awal - awal lagi dah bagi tarikh untuk check jaundice selepas discharge. Atok dengan nenek bawak pergi check awal sehari dari tarikh yang ditetapkan. Bila check bacaan nya sangat lah tinggi, melepasi tahap bahaya dan terus di refer ke Hospital Putrajaya. Atok hantar mama ke Unit Kecemasan dan tanpa banyak soal adik terus warded. Nenek tak ikut sebab jaga kakak. Selepas warded adik kena check darah lagi, bacaan nya makin tinggi. Sekali lagi semua orang risau, mama dah siap - siap sign dah surat persetujuan untuk Blood Transfusion. Aduhai kesian sangat adik yang belum pun seminggu tu nak kena tukar darah, cucuk ambil darah dah tak terkira dah berapa kali..even darah jenis sama tapi tak semestinya darah tu sesuai dengan adik ..dan apa penyakit orang tu adik akan kena termasuklah HIV. Malam tu adik kena check darah lagi, nasib baik bacaan turun, kalau tak adik akan kena tukar darah pada malam yang sama juga. Enam hari mama ulang alik pergi menyusukan adik kat hospital. Dah discharge kuning adik ada juga, so untuk cepat turun sekali lagi atok cari susu kambing..adik minum juga susu kambing tu. Adik minum air sengkuang cina juga, kawan mama Acik Ija tolong carikan. Pak Uda suruh cari serbuk mutiara,yang ni mama tak sempat cari..lagi pun kuning dah turun dah. Atas nasihat atok, mama tak beritahu papa tahap keseriesan jaundice adik, bimbang papa risau dari kejauhan. Lemah juga mama nak hadapinya tanpa papa, nasib baik family semua bagi sokongan.

Mata adik ditutup sebab kena tidur bawah lampu.
Tangan adik kena cucuk ambil darah. Sebelah kanan untuk masukkan antibiotik.

Disebabkan kakak dan adik jaundice mama tak dapat makan jamu dan ubat - ubat yang mama beli. Masa kakak mama beli Leesa Formula, adik pula mama beli Nona Roguy..terperap jela semuanya. Adik lagi worse sebab bila mama makan ubat adik muntah. Rugi jela duit mama, badan pun tak sihat betul. Itu lah cerita anak - anak mama dengan jaundice. Sekiann.........