Bila sebut pasal tahun baru, memang sinonim dengan azam baru. Ramai yang tutup buku lama dan buka buku baru setiap kali berakhir dan bermulanya satu-satu tahun. Ada yang pilih tahun hijrah dan ada juga yang pilih tahun masihi. Bagi mama, azam baru mama kali ni telah mula pada 1 Muharam 1433.
Sebelum ni, mama lebih tertumpu kepada Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pejabat sahaja, tapi bagi tahun ni dan insyaAllah untuk beberapa tahun ke depan ni, mama akan lebih fokus kepada keluarga kita. Mama harap tahun ni mama akan jadi khalifah, isteri dan ibu yang lebih baik daripada tahun lepas. Mama akan cuba upgrade mana-mana skill yang patut, tambah knowledge yang perlu dan akan cuba mengoptimakan penggunaan masa.
Penilaian mama untuk tahun 2011, Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka dan mama rasa hidup mama dah lengkap. Tahun 2009 mama bahagia dengan kehadiran kakak Khalisya pada 18 Mei, kehadiran adik Darwisy pada 22 November 2011 pula menambahkan lagi seri hidup mama dan papa. Nanti mama letak gambar adik dengan kakak yer.